SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Renungan kepada si "12 Jemuan " (12 Monkeys)Assalamualaikum, Secara peribadi , saya mata terkilan dengan tindakan beberapa ahli tertinggi parti Keadilan yang mengambil tindakan keluar parti untuk kembali kepada UMNO.Jika direnung kembali kelibat “12 Jemuan “ ketika di dalam parti Keadilan tidak ada sesiapa yang dapat menjangkakan mereka ini akan menjadi pengkhianat.Sewaktu di atas pentas bukan main lagi mengkritik UMNO seolah-olah UMNO itu adalah sesuatu yang paling jijik dalam hidup, tapi akhirnya menjilat kembali najis UMNO.Apa punya manusia lah korang ni……memang tak ada prinsip……boleh dijadikan bahan jual-beli dan dagangan.Kalau difikirkan dan direnungkan kembali mana mungkin “12 Jemuan “ boleh terjebak dalam politik yang terjijik dalam abad ini .Sebabya mereka ini lebih mengetahui mana yang hak dan batil.Jika dicongak dari segi kedudukan parti Keadilan yang mungkin menghadapi masalah dalaman , tapi kenapa pula UMNO menjadi pilihan dan bukannya PAS .Jawapannya mudah ….PAS tidak dapat menjanjikan habuan keduniaan , kemewahan dan tawaran yang bersifat material , melainkan dengan janji dari ayat –ayat Allah iaitu “barangsiapa yang menolong agama Allah , maka Allah akan membantunya”. Jadi si “12 Jemuan “ ini pastinya tak berminat,sebab dah lama terliur melihat rakan-rakan dalam UMNO yang berumah Banglo , kereta besar dan pelbagai barang-barang “ simpanan “ untuk santapan pagi dan petang. Peristiwa yang didalangi oleh “12 Jemuan “ ini pastinya akan menjadi satu lagi catatan sejarah Negara mahupun secara global , bagaimana gerakan Islam ditikam dari belakang.Nama –nama pengkhianat ini akan dijadikan satu bahan rujukan …sebaris dengan nama Mahathir Mohammad yang mengkhianati dan membunuh gerakan Islam di Malaysia.Jangan fikir tindakan yang diambil oleh kamu semua akan dimaafkan oleh rakyat yang cintakan keadilan…kamu semua akan menuggu giliran untuk menerima balasan yang setimpal atas kedurjanaan kamu wahai “12 Jemuan “.Memang ianya kelihatan mudah dan simple , keluar dan masuk parti tapi , disisi agama ianya umpama pengkhianat yang lari dari medan perang.Hai “12 Jemuan “ kamu juga boleh diumpamakan secara simboliknya sebagai sebahagian dari pengikut Nabi Musa alahisalam yang keluar dari agama Tauhid untuk mengiku Musa as- Samiri yang menjadi penyembah lembu. Kamu khianati perjuangan meletakkan Hukum Allah diatas segala perlembagaan dengan berkompromi dengan golongan manusia yang menolaknya.Dimana pula kamu semua letakkan prinsip dan pendirian terhadap bantuan perkapita yang dihentikan kepada SAR….adakah persoalan itu habis lenyap setelah tembolok penuh diisi ketulan batu neraka ???? Pengkianatan terhadap bangsa Melayu bukan hana berlaku ketika dizaman Mahathir Mohammad tapi masih berlaku hingga zaman Pak Lah…sudahkah kalian lupa dizaman Mahathir hanya 10% tempat ke MRSM diperuntukkan kepada bukan bumi tapi dizaman Pak Lah kuota itu telah menjadi 30%.....apakah kalian tidak melihat secara rasional dan berakal. Saya hanyalah seorang aktivis politik jalanan jika dibandingkan dengan kalian , pemidato yang bertukar-tukar pentas ke seantero Malaya ….bicara tentang keadilan dan hak…tapi saya punya prinsip dan harga diri.Berbanding dengan kalian manusia yang cakap tak serupa bikin….melepaskan diri dari kemelut peradaban dan survival perjuangan menegakkan agama Allah dan keadilan kepada rakyat. Sesuatu yang istimewa disini ialah…..tindakan kalian wahai si“12 Jemuan “ memang meniggalkan kesan dalam fikiran ku….iaitu setiap kali teringat kalian aku akan teringat kisah “dajal” yang akan melebarkan sayap pengaruhnya diakhir zaman.Umpannya mudah … . ” .jika tidak ikut aku kalian akan jadi susah ” adakalanya nak ma kan pun tak ada , apatah lagi memiliki kereta mewah dan rumah banglo.Jika ingin hidup mewah dan sena n g lenan g tinggalkan Islam dan perjuangannya bantulah aku menyesatkan dirimu dan manusia dari jalan Allah.Aku boleh beri projek berjuta … kereta mewah … rumah banglo … .wanita solid … .apa lagi yang kamu mahu ???? Jika kamu lawan aku … ..kamu akan susah … .duit tak ada , akibatnya isteri selalu marah , keluarga berleter , kereta kena tarik rumah kena jual … ..jangan jadi bodoh wahai “ 12 Jemuan “ ikutlah aku ! ikutlah aku ! kita tewaskan pejuang-pejuang Islam yang menghalang aku “ . “ Aku berjanji akan bank in kan wang pendahuluan sebanyak 25 ribu sebagai janji /deal untuk tinggalkan mereka … ..jika kamu setuju kita akan berjumpa lagi ” . “ jika kalian mahu tambahan imbuhan wang seperti yang telah dijanjikan … ..ingat setiap orang yang dapat kalian tarik untuk ikut jalan ini adalah saham untuk kalian … .aku akan bayarnya dengan kemewahan … .haa ..haa.haaaa ha.. ” (petikan dari kongres Dajal sedunia di sebuah hotel :lokasi T a nah Melayu} Selamat berjaya mengikut jalan Dajal wahai “12 Jemuan “(saya Cuma kata jalan Dajal…bukan ikut Dajal) Sekian, P/s – Kalau dalam versi English mereka ini boleh juga dipanggil “12 monkeys” Nabi s.a.w pernah berpesan bahawa Dajal akan menyesatkan manusia dari kebenaran tetapi nabi berjannji iaitu barangsiapa yang membaca/hafal Surah Kahfi Dari ayat 1-10 dan sepuluh ayat terakhirnya ,maka dia akan dilindungi dari fitnah Dajal.Jangan lupa baca dan hafal , jadikan surah ini sebagai bacaan ketika mengimami solat.Mintalah doa dari Allah agar kita dimatikan dalam keadaan istiqomah dalam perjuangan Islam sehingga kembali kepadaNya. “ Biar mati kelaparan dari mati sebagi pengkianat” Allahuakhbar ! Dari Pemuda yang selalu dengar ceramahmu “12 Jemuan “ Pemuda Pas Jelutong___________________________ Terbitan : 15 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |