Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Masa Untuk Berhenti

Saya terpanggil untuk memberi reaksi dalam isu Ezam vs Lokman. Dan saya juga tahu bahawa sesetengah penulis yang memberi komen dalam laman ini terhadap Ezam dan Lokman bukan orang "jauh". Mereka ini kenal Ezam dan Lokman.

Nasihat saya, jika sungguh bagai di kata, adalah lebih baik anda bersemuka dengan orang yang dituduh. Saya hanya mampu tersenyum melihat senario serang-menyerang ini. Bagi saya, selain dari Ezam dan Lokman, manusia-manusia yang menghurung isu ini bak lebah tak lebih dari "yang bercakap tak reti dan yang mendengar tak faham".

Pilihanraya meniti hari. Kita tidak perlu perjuangan sempit menyerang peribadi. Jangan duduk menekan "keyboard" menelah isu. Turunlah ke padang buat kerja untuk keadilan. Seperti angkatan pemuda yang ada sekarang ini. Kalau dah rasa penat jerihnya, barulah saya kira anda layak jadi "juru-cakap banyak".

p/s: Ahli politik biasanya sama sahaja gelagatnya apabila berkuasa. Jangan sebelum berkuasa dah menampakkan sikap tidak baik. Kalau begitu apalah beza UMNO dengan anda.





___________________________
Terbitan : 8 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)