Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenapa Saya Di Kambing Hitamkan?

Assalamualaikum…wbt
Salam Reformasi Salam sejahtera warga cyber sekalian

Rasuah merasuah perasuah adalah budaya dulu kini dan selamanya ia telah wujud dari akar umbi UMNO/BN!!!Dalam “surat terbuka” ini adalah salah satu kerenah rasuah bagi yang terperangkap dengan permainan rasuah dan penyelewengan. Surat ini telah berada diedaran dalam negeri Perlis selepas tertangkap Encik Baharudin Ahmad bekas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar dan didakwa oleh Mahkamah Sesyen . Kangar.

Sorayanii. Com telah berusaha menyalin semula dan menyunting supaya dapat diedar di Laman Laman Reformasi Sila baca dan buat penilaian siapa yang sebenar nya rasuah merasuah dan perasuah

Kenapa Saya Di Kambing Hitamkan?

Surat ini di tujukan Kepada seluruh warga Perlis Indera Kayangan agar dapat disebarkan meluas demi membersih nama saya yang telah tercemar.

Pada hari Isnin , 9 Februari 2004 , Mahkamah Sesyen Kangar telah mendakwa saya dibawah kesalahan melakukan rasuah dibawah Seksyen 11(A) Akta Pencegahan Rasuah dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibangunan Majlis Perbandaran Kangar,didalam sebuah kereta diKuala Lumpur dan di kedai makan diPadang Besar jumlah keseluruhan Rasuah RM 387,500 sepanjang bulan Februari sehingga Oktober 1999

Saya tidak terkejut dengan pendakwaan ini kerana saya telah menduga bahawa diri ini akan dijadikan kambing Hitam oleh orang nombor satu dinegeri Perlis.

Tetapi sebaliknya, inikah balasan terhadap pengorbanan yang telah saya lakukan selama ini terutamanya terhadap Shahidan Kassim dan saudara kandungnya yang amat disayangi iaitu Ismail Kassim.

Untuk makluman semua, sebelum ini saya pernah berkompromi dengan Ismail Kassim bagi memberi laluan kepadanya sebagai Ketua Pemuda Bahagian Arau walaupun pada ketika itu majoriti Ketua Cawangan dan para perwakilan Pemuda telah bersetuju untuk memenangkan saya.

Selepas tragedi pemilihan parti tersebut, saya sekali lagi .telah berkorban kepada Ismail Kassim dan Shahidan Kassim pada Piliharaya Kecil Parlimen Arau tahun 1998 apabila menerima pencalonan Ismail Kassim walaupun saya mendapat pencalonan utama sebagai calon UMNO/BN dalam pilihanraya tersebut.

Demikian juga dengan pemilihan parti selepas itu dimana kerusi Timbalan Ketua Bahagian Arau telah saya korbankan kepada Ismail Kassim sedangkan sayalah yang paling layak ketika itu memandangkan saya lebih senior daripada Ismail Kassim kerana telah berkhidmat secara aktif selama sembilan tahun kepada Parti.

Hasil daripada kompromi kompromi tersebut saya telah disogok dengan jawatan Yang diPertua Majlis Perbandaran Kangar untuk menenang hati saya.

Saya percaya penganiayaan terbesar terhadap saya ini adalah berdasarkan faktor populariti saya ketika ini dimana Ketua Ketua Cawangan dan kebanyakan AJK Bahagian Arau ingin mencalonkan saya kejawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan parti akan datang . Antara muka muka pembesar yang menyokong saya ialah YB Mastika Junaidah Ahli Parlimen Arau YB Bakar Ismail ADUN Pauh dan Sdr Ammar Hj Hassan Ketua Pemuda Bahagian Arau.

Saya ingin menjelaskan kesempatan disini bahawa wang RM 387,500 yang dikatakan disuap kepada saya itu adalah arahan yang dating dari Shahidan Kassim sendiri untuk kegunaan parti khusus nya di Bahagian Arau. Shahidan Kassim mengkambing Hitamkan saya demi melindungi penyelewengan besar yang dilakukannya. Antaranya ialah hasil rasuah dari Projek KUKUM sebanyak RM 2.5 juta, Projek Lebuhraya Kuala Perlis- Changlun sebanyak RM13.3 juta, wang kutipan Zakat dan Fitrah BaitulMal PerlisRM 250,000 dan juga dari hasil komisyen yang dikenakan keatas Para para kontraktor ber “WIBAWA” dan “GERAK”yang berpilih pilih bulunya . Shahidan Kassim juga terkenal dengan gelaran MR 20% dan telah membuat tuntutan luarbiasa angkanya apabila membuat lawatan keluar negara. Pernah juga beliau menyebut dikhalayak dia tidak menyentuh gaji dan elaun sebalik didermakan pada tabung tabung kebajikan rakyat yang menghadapi kesulitan (Penyunting: waaahhhh hebat juga pemimpin niiiii

Bintong Construction merupakan kantung tadahan projek projek anugerahan dari Yang Berkuasa dan merupakan proxy bagi Shahidan Kassim memetik keuntungan dari projek tersebut.

Shahidan Kassim!,

Kenapa saya dizalimi sedemikian rupa?
Apakah dosa saya kepada mu?

Saya yang benar,

Baharudin Ahmad

Disunting oleh Sorayanii

Kesian Sdr Baharudin !!!!

Ditolak jatuh tangga ditimpa tangga
Jatuh terkangkang mulut ternganga
Datang pula….bapa ayam mematuk biji mata
Bala datang bertimpa timpa
Gelap gelita didepan semesta

Dasar tersepit tak dapat tanduk dipulas telinga
Begitu lah adanyaaa
Kehaprakan UMNO empunya cerita
Walau bagaimana pun hidup nya bakal selesa
Banglo sebuah dikota bagaikan istana
Di kampung, banglo kedua membeliak mata
Impiannya kian ternyata….

Hukuman bakal menimpa
Minima penjara 14 hari cuma
Terhapus dosa pahala (Dunia) menebus jika……………………….

Cerita akan disambung …………………coming soon

Perhatian kepada Barisan Alternatif !::Puak UMNO diPerlis sudah mula meyuarat Peti Undi disetiap cawangan ini bermakna Parlimen bila bila masa boleh dibubarkan

Sekian wallahu’alam

Sorayanii.Com
Perlis Indera Kayangan
24 Feb 2004





___________________________
Terbitan : 25 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)