Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tantawi buat hal lagi..!

Bebaru ini Imam besar Al-Azhar atau dikenali sebagai syehkul azhar telah mengeluarkan pendapatnya yg kontrovesi mengenai kerajaan Perancis mempunyai hak utk menyekat rakyatnya yg beragama Islam dari memakai tudung..yg mana pendapat beliau ini telah disanggah oleh kebanyakkan Ulama' Al-Azhar sendiri dan dikritik hebat oleh Doktor Yusuf Qardawi.

Hari ini (14/2/2004) beliau (Sayed Mohamad Tantawi) sekali mengeluarkan pendapatnya yg begitu jelas bercanggah dengan Al-Quran dan As-sunnah serta Qaedah Fekhiah apabila memberikan lampu hijau kepada kerajaan Singapura utk mengharamkan pemakaaian tudung atau Jilbab di pusat2 pengajian Negara tersebut..

Inilah contoh terbaik ulama' yg mempunyai kepentingan material..dan untuk maklumat beliau sudah tidak begitu popular di Mesir dan beliau telah dilarang dari menyampaikan khutbah Jumaat kerana dikhuatiri akan dimarahi oleh para pendengar.

Sebenarnya Tantawi ini bukan lah antara nama yg disenaraikan utk menjadi Syekh Al-Azhar..bahkan sudah ada 3 nama ulama' yg berkredibiliti yg bakal dicalonkan utk menjadi Syekh Al-Azhar..tapi memandangkan desakan politik kotor BN (Mesir)..maka ketiga2 calon itu diketepikan lalu dilantik Tantawi menjawat jawatan tersebut (Tantawi ialah nama tempat asal beliau).

Beliau telah banyak mengeluarkan fatwa yg bercanggah dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah antaranya beliau mengatakan pejuang Palestine yg melakukan serangan berani mati tidak dikira syahid..! (fatwa ini yg digunapakai As-Syekh Mahathir )

Dan antara fatwanya mengarut lagi merosakkan kefahaman umat Islam apabila beliau sendiri mengatakan "interest Bank" halal...dan beliau sendiri bermuamalah dengan sistem tersebut..inilah gambaran sebenar Syekh Al-Azhar yg terlalu hebat dikritik oleh ulama' Al-Azhar dan media massa di Mesir sendiri..antaranya suratkhbar Al-Anba' , Al-Usbuo', Al-Midan...dan yg lain..menunjukkan betapa status beliau begitu dipersoalkan dan kebanyakan pendapat meminta supaya beliau dipecat dari menjawat jawatan SyekhulAzhar memandangkan jawatan tersebut adalah jawatan yg tertinggi sekali di Al-Azhar.

Sebab itu kita tak merasa pelik kalau di Negara kita ada ulama' yg sepesis dengan beliau yg sememangnya tugas mereka mengiyakan sahaja apa kehendak musuh2 Islam kerana di dalam mulut mereka ada seketul coklat yg nilainya tak kurang dari ((25,000 RM!!!.

Student Al-Azhar, Qaherah.





___________________________
Terbitan : 15 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)