SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Penghargaan kepada yang semuaDUNGUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri tidak memilih dalam memberikan anugerah dan insentif kepada para atlit di negeri ini. Menurutnya, semua atlit yang dilahirkan di dalam negeri ini diberikan penghargaan sama ada atlit yang mewakili negeri, malah kepada atlit yang mewakili negeri lain. Katanya, walaupun kekurangan dalam prasarana dan kemudahan sukan, negeri ini mampu melahirkan atlit yang berjaya di peringkat negara dan antarabangsa. "Dalam memberikan anugerah dan insentif ini kerajaan negeri bertanggungjawab memberikan penghargaan tersebut sebaik dipilih menjadi kerajaan di dalam pilihan raya yang lalu," katanya di Majlis Penyampaian Anugerah dan Insentif Kepada Atlit Sukan SEA Ke-22, di Padang Bola Paka, Dungun baru-baru ini. Mengulas mengenai pemberian tanah kepada pemenang pingat emas, katanya, ia mengambil kira jangka panjang serta sebagai satu simbolik kerana kerajaan negeri menjadi johan dalam menyelesaikan masalah tanah. "Kita berjaya menyelesaikan berpuluh-puluh ribu masalah tanah rakyat yang tidak boleh diselesaikan oleh negeri-negeri lain. "Ini adalah dasar Islam yang berkat dan kegigihan pegawai-pegawai kita yang bekerja bertungkus lumus dan hadiah tanah adalah simbolik," ujarnya. Mengenai hadiah duit pula, tambahnya, sebagai tanda kerajaan negeri masih mempunyai duit dan berkemampuan untuk bagi hadiah kepada para atlit. Katanya, sumbangan yang diberi pada hari itu merupakan satu penghargaan yang sangat bernilai daripada rakyat. Menurutnya, kerajaan negeri hari ini boleh berbangga dengan meningkatnya kejayaan dalam sukan setelah peningkatan cemerlang dalam pendidikan oleh anak-anak di negeri ini.___________________________ Terbitan : 17 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |