SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SELEPAS 100 HARI, PAK LAH BERMODAL AIR LIURSetelah puas kita menanti 100 hari untuk melihat apakah PM baru kita Pak Lah punyai idea yang baik atau wawasan yang dijangka dapat meningkatkan keyakinan rakyat kepadanya, tetapi malangnya impian kita hampa. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan idea Pak Lah walaupun berhempas pulas media massa mencanangkan satu persatu kata-kata Pak Lah. Kata-kata Pak Lah untuk membenteras rasuah, bukan perkara baru. Semua PM kita sebelum ini semua pernah berkata begitu. Tapi, rasuah masih wujud berleluasa terutamanya di peringkat tertinggi. Cuma, kita masih ingat bagaimana bersungguhnya bekas TPM kita iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah meminda akta rasuah di Parlimen ketika beliau memangku Jawatan PM satu ketika dahulu. Itu baru memangku jawatan PM, Dato' seri Anwar telah menunjukkan komitmen beliau untuk membasmi rasuah. Bayangkan jika kini beliau sebagai PM kita. Tapi, bagaimana dengan Pak Lah? Apa komitmen beliau? Cuma air liur sahaja berbuih-buih keluar, namun kes tertunggak terutamanya kes Rafidah Aziz dan Rahim Tambi Chik masih belum selesai. Tidak ada kes kah mereka itu? Jika tiada, mengapa Saudara Ezam yang mengemukakan fail rasuah kedua-dua mereka terpenjara? Ezam terpenjara kerana terbukti memiliki fail rahsia kerajaan yang mempunyai skandal rasuah kedua-dua mereka itu. Mahkamah pun mengesahkan bahawa Saudara Ezam memiliki fail yang benar kepunyaan kerajaan. Jika Saudara Ezam dipenjara, mengapa kandungan di dalam fail tersebut didiamkan sahaja? Apakah Pak Lah tidak tahu? Banyak lagi kepincangan Pak Lah yang seiras dengan kepincangan PM terdahulu, Mahathir. Kelebihan Pak Lah dari Mahathir ialah beliau pernah dilihat menjadi imam, tetapi sekurang-kurangnya Mahathir tidak suka berpura-pura. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana seorang yang menjadi imam boleh mengurung insan di dalam penjara tanpa bicara. Juga tidak dapat kita bayangkan seorang imam tidak menyokong bahkan mencari jalan agar undang-undang Islam seperti hudud dan qisas tidak dapat dilaksanakan dinegara ini. Banyak lagi perkara untuk dinukilkan bagi menyatakan bahawa Pak Lah bukanlah seorang pemimpin yang kita nanti-nantikan. Kita tidak mahu punyai pemimpin yang hanya pandai bercakap dan berlakon, tetapi kosong semata-mata. Mudah-mudahan kita akan melihat kembali pemimpin seperti Dato'Seri Anwar menerajui negara kita. Kita berdoa agar Dato' Seri Anwar akan dapat menerima rawatan di luar negara sepertimana juga isteri Pak Lah yang mendapat rawatan payu daranya di luar negara. Jika Hendon itu manusia, Anwar juga manusia. Jika Pak Lah kasihkan Hendon, Datin Seri Wan Azizah juga kasihkan Anwar. Janganlah samai Anwar menutup matanya di dalam penjara, barulah tubuhkan lembaga siasatan siapa yang bersalah.___________________________ Terbitan : 11 Februari 2004
Diterbitkan oleh : |