Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

WAWANCARA UTUSAN DENGAN `RAJA SUMPAH-SUMPAH'

Sebagaimana biasa, apabila ada pemimpin parti pembangkang keluar parti dan menyertai UMNO, maka tumpuan diberi oleh media-media yang fungsinya lebih kepada `lidah syaitan'. Objektifnya tiada lain, melainkan untuk menggunakan `pencacai-pencacai' murahan ini untuk kepentingan UMNO.

Baru-baru ini dalam akhbar, satu wawancara telah diadakan dengan `Boss Pencacai' nombor wahid iaitu `ustaz' Ruslan Kassim. Mungkin Ruslan tidak sedar bahawa dalam wawancara tersebut, wartawan yang menemubual beliau banyak kali menyindir dan memperlecehkan prinsip beliau. Tapi, memang begitulah sepatutnya layanan untuk `pencacai' murahan seperti Ruslan. Apabila ditanya mengapa ketika dahulu beliau begitu marah dan mengkritik hebat Pak Lah dan kini sanggup bersama Pak Lah? `Pencacai' Ruslan pun menjawab dengan `pintar'nya bahawa dahulu beliau marah kepada Pak Lah kerana ketika itu beliau orang pertama ditahan di bawah ISA. Maksudnya jelas, kini beliau bersama Pak Lah kerana beliau tidak lagi ditahan. Maka, ternyata perjuangannya dahulu adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata. Bukankah sekarang masih ada lagi mereka-mereka yang ditahan di bawah ISA?

Maka, usahlah sibuk-sibuk Ruslan Kassim menjaja `sumpah' ke hulu dan ke hilir. Siapa yang hendak percaya sumpah puak-puak `munafik' penipu dan pembelot seperti beliau? Entah berapa banyak `sumpah-sumpah' yang keluar dari mulut Ruslan. Maka, wajarlah juga beliau dikategorikan spesis binatang `Raja Sumpah-Sumpah'. Apabila ditanya dalam wawancara tersebut tentang isu Anwar, bagai terkunci mulut Ruslan Kassim kerana beliau sedar manusia sehina beliau tidak layak membicarakan tentang Dato' Seri Anwar. Mulut busuk Ruslan tidak layak menyebut hatta sepatahpun nama Dato' Seri Anwar. Sebab itulah beliau tidak mampu mengulas isu Anwar.

Sekali lagi kita jemput `ustaz' Roslan Raja Sumpah-Sumpah ini untuk melakonkan adegan `sumpah-sumpah'nya terutama di kawasan yang ingin ditandingi oleh Sdr Ezam Mohd Noor iaitu di Pekan, Pahang. Bawalah spesis sumpah-sumpah yang lain seperti Zahid Md Arip atau Lokman. Sudah tentu kamu semua akan dijamu oleh Dato' Najib nanti.

Kepada semua pejuang KeADILan, cuba anda lihat wawancara dengan Ruslan Kassim di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22 Feb 2004. Kita semua akan lihat betapa beliau menzahirkan kehinaannya. Kini, mereka semua hanya boleh hidup dan berhujah dengan sumpah-sumpah bagi melayakkan mereka di dalam spesis `sumpah-sumpah'. Awas UMNO, spesis ini boleh merupa-rupa warna kulit mereka mengikut di mana mereka berada. Justeru itu, berilah dia makan secukupnya.

ZULHAZMI NS





___________________________
Terbitan : 25 Februari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)