SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Lagi mengenai Kol.Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi BasriUUMc Universiti Pengurusan Terunggul di Malaysia? Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri patut dianugerahkan satu Oscar Pelawak Terhandal dunia kerana menobatkan Universiti Utara Malaysia di Sintok sebagai sebuah universiti pengurusan terunggul di Malaysia. "Menjelang 20 tahun UUM" sebenarnya kini universiti ini berada di tahap prestasi pengurusan yang paling teruk berbanding UUM 20 tahun dahulu. Kini tiada lagi semangat Perintis (pioneership) dikalangan warga UUM samada pensyarah, kakitangan sokongan ataupun pelajar. 20 tahun dahulu kami warga UUM meneroka tanah hutan yang boleh diistilahkan sebagai tempat jin bertendang, harimau berkeliaran. Tetapi kini, semangat itu telah pupus digantikan pula dengan golongan-golongan opportunis-opportunis bersemangat Jin-Harimau. Menjadi seorang opportunis dalam ertikata merebut peluang-peluang perniagaan untuk diterokai adalah tidak salah. Tetapi apa yang UUM lahirkan kini dibawah pimpinan Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri adalah golongan opportunis yang membaham dengan ketangkasan harimau dan merasuk dengan semangat jin mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain dan mempergunakan keringat, kepakaran dan kebolehan orang lain demi mencapai matlamat duniawi mereka. Jika Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri kencing berdiri, maka pensyarah pun kencing berlari manakala para pelajar pula kencing menari. Inilah budaya UUM menjelang 20 tahun sebagai Universiti Pengurusan Terunggul di Malaysia. Mungkin suasana di kelilingi hutan berbukit-bukau dan dalam kelompok terpencil yang membuatkan mereka-mereka ini berfikiran dan berperangai begini. Mengintai, mengendap dan dalam senyap-senyap tiba-tiba membaham dan kemudian keadaan sunyi hening-bening menantikan mangsa seterusnya. Telah berpuluh (kalau tidak beratus) kontraktor yang telah dibaham oleh harimau-harimau UUM sehinggakan media telah melaporkan bahawa UUM kekurangan modal operasi sebanyak RM40j untuk menerima pendaftaran pelajar-pelajar baru sesi 2004 ini. Untuk ini, Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri (setelah menggunakan tektik Jin-Harimau terhadap beberapa ahli politik) telah melantik dirinya sebagai pengerusi Program Latihan Khidmat Negara yang mana peruntukkan kewangan dari Kementerian Pertahanan itu disalorkan kedalam UUM melalui anak syarikatnya Uniutama Holdings Sdn. Bhd. Masyarakat luar seakan tidak berdaya untuk merubah budaya opportunis Jin-Harimau yang telah diterapkan oleh Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri ini walaupun kerajaan khabarnya telah cuba membukakan minda mereka dengan menawarkan sebidang tanah di sebuah pulau peranginan jauh dari suasana hutan yang tertutup (c dalam pada masa yang sama adalah salah-satu usaha untuk menyelamatkan kroni mereka). Malangnya si-Jin- Harimau ini telah membawa budaya politik mengintai, mengendap, menerkam dan membaham ke pulau peranginan ini pula. Dengan semangat opportunis Jin-Harimau, tanah sekangkang kera di pulau peranginan itu pula telah dijadikan sebagai lubuk untuk memerangkap wang peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan. Maka berbagai tektik kotor telah digunakan sebagaimana tektik- tektik yang telah lalu dikenakan kepada kontraktor-kontraktor di tanah besar. Amalan rasuah, suap-menyuap, peras-ugut, dokumen palsu, salah-guna kuasa, dsb. kini menjadi mainan opportunis Jin-Harimau di pulau peranginan ini. Maka tidak hairanlah wabak JH$ (Jin-Harimau $intok) kini telah menular di pulau peranginan yang dibawa sendiri oleh opportuni$-opportuni$ anak didik Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri demi mengumpulkan Dana-Pilihanraya pemimpin-pemimpin politik mereka di pulau peranginan itu dan juga di Wilayah Utara Kedah. Saya (sebagai bekas warga-tua UUM yang 20 tahun dahulu sama-sama cuba membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa sebuah kawasan hitam boleh dicerahkan dengan ilmu- pengetahuan berguna) memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya mendedahkan, memulaukan dan melenyapkan kegiatan opportuni$-opportuni$ pimpinan Kol. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Basri serta konco-konconya yang kini sedang menggelapkan minda anak- anak bangsa kita atas nama kononnya UUM adalah Universiti Pengurusan Terunggul di Malaysia. Saya juga memohon agar pucuk pimpinan negara mengkotakan apa yang telah diikrarkan demi membanteras gejala rasuah, perangkap-memerangkap, peras-ugut dan salah-guna kuasa dikalangan opportuni$-opportuni$ Jin-Harimau $intok dan konco-konco mereka di pulau peranginan terkemuka. Sekian, wassalam. ABAH - Bekas Peneroka UUM-Sintok"Dengan Ilmu Kita Terangi Kegelapan" ___________________________ Terbitan : 6 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |