SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Datuk SMSBermula cerita seorang pemimpin kecil yang turun dari angkasa yang ingin memperbetulkan keadaan Kuala Selangor yang dikatakan tidak ada pembangunan. Beliau telah mula mengorak langkah dalam membentuk strategik dalam menjatuhkan pemimpin yang sediada iaitu Dato’ Seri Abu Hassan Omar. Dalam diam beliau telah mengumpulkan beberapa pemimpin diperingkat cawangan dan telah berjaya mengujud satu organisasi yang di panggil BAKA yang bermaksud “ Barisan kepimpinan Altenatif”. Maka bermulalah era 2 pemimpin dalam satu bahagian dan menjalankan aktiviti secara berasingan. Apa yang paling menyedihkan apabila dalam pilihanraya kecil ketika Dato’ Abu Hassan Omar menjadi calon diperingkat Dun dan Dato Jamaludin Adnan sebagai calon parlimen Daud bin Tarehep telah mengarahkan anak-anak buahnya untuk cuba menggagalkan calon-calon tersebut setidak-tidaknya mengurangkan majoriti bagi menjejaskan calon-calon tersebut lebih-lebih lagi Dato’ Abu Hassan Omar akan ditabalkan menjadi menteri besar Selangor jika dia menang dalam pilihanraya tersebut. Daud sebenarnya beranggapan seandainya Dato’ Abu Hassan Omar kalah atau menang dengan majoriti yang tipis akan menggagalkannya dari menjadi menteri besar . Itulah hasratnya beliau sanggup bekerjasama dengan pihak pembangkang iaitu parti PAS kerana beliau bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor. Cerita ini bukan satu rekaan bagi memburukkan En Daud tetapi untuk kita renungkan sejenak pemimpin yang sebeginirupa yang hendak kita jadikan pemimpin kita!!!!!!!!! Yang sanggup mengadai maruah parti demi kedudukan diri sendiri. Wajarkan dia dijadikan pemimpin dalam UMNO. Ramai saksi-saksi hidup yang dapat mengiakan cerita ini kerana mereka ini semua adalah bekas ahli Baka yang kini semuanya telah disingkir satu demi satu dari sisinya (Daud). Daud sebenarnya hanya hendakkan kedudukan………kemahuan cukup besar dan sesiapa yang menghalang maka akan jadi bahan meja penulisanya. Dia akan mencukil semua keburukan orang yang tidak sehaluan atau mengikut telunjuknya. Contoh YB Ustaz Sayuti Said dan YB Mesrah Selamat yang dikatakan sudah tidak mahu tunduk dengan kehendak Daud sebagai Ketua Bahagian. Maka bermacam tomahan dibuat terhadap pemimpin-pemimpin ini sehinggakan menimbulkan kemarahan ahli kepada kedua-dua pemimpin ini. Daud menjadi hero dalam apa jua permasalah orang dan jika tidak boleh selesai maka disalakanya pemimpin-pemimpin tadi kerana tidak memberikerjasama. Inikah pemimpin yang baik ?....Diluar rupanya sangat indah…..kalau bercakap lebih lembut gigi dari lidah dan kalau berjanji seolah-olah janji tersebut boleh dikotakan . Jangan jadi ayam jantan Rupanya cantik berdiri segak tapi ekor bergelumang dengan najis. Banyak lagi yang ingin saya luahkan rahsia Kang Daud kita ini tapi biarlah satu-satu tetapi bagi saya apa yang saya coretkan ini dalah cerita yang pernah beliau nafikan satu ketika dulu yang konon ia membantu Pak lah dalam pilihan raya kecil. Beliau adalah seorang pembohong!!!!!!!! Adakah pemimpin ini yang kita perlukan untuk memimpin kita. Dia belum lagi jadi wakil rakyat sudah berlagak macam wakil rakyat …..kalaudah jadi nanti mungkin macam menteri besar pulak lagaknya. Kepada pemimpin UMNO diperingkat atas jika terbaca artikal ini janganlah anda semua memejamkan mata dan menganggapkan ini hanya tulisan yang biasanya dilemparkan kepada pemimpin yang dibenci. Saya tidak menulis untuk berbohong tetapi untuk menyedarkan umat melayu terutama melayu Kuala Selangor. Seandainya ingin mendapat maklumat lanjut saya berani menampilkan diri bagi menegakkan kebenaran. Kerana sayangkan bangsa maka saya lahirkan cerita ini agar kita tidak tersalah pilih pemimpin yang mana boleh menjual maruah UMNO kepada parti PAS. Sekian selamat berjumpa lagi dilain siaran Ahli BAKA___________________________ Terbitan : 7 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |