Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS KECUNDANG KERANA PENDOKONGNYA!

PilihanRaya ke 11 baru sahaja berlalu. Keputusannya pun semua rakyat sudah tahu. PAS/BA terjunam teruk, bukan sahaja tidak dpt menambah kerusi atau menawan Kedah dan Perlis, lebih malang lagi kehilanagan Terengganu dan hampir2 juga kehilangan Kelantan. Ramai yang terkejut, sedih dan tidak terkata. Salah seorang yang merasakan demikian adalah saya, seorang yang begitu bersemangat mendokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. PAS tidak bersalah,kerana dasarnya jelas dan benar iaitu berdasarkan dan berlandaskan Al_Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Tetapi kenapa PAS tidak mendapat sokongan pada pilihanraya kali ini, walaupun di dalam HARAKAH menyebutkan bahawa kita berpeluang menawan Kedah dan Perlis di samping mengekalkan Terengganu dan Kelantan?? Adakah semua kita Ahli PAS ini hanya syok sendiri?? Kemungkinan UMNO/BN dengan didalangi oleh SPR telah membuat penipuan dari segi pengundian dan persempadanan kawasan tidak buleh ditolak begitu sahaja. Tetapi sampai bilakah kita hendak menggunakan alasan begitu?? Memang kerja umno tuh menipu, tetapi bagaimana pula kita sebagai ahli dalam jama’ah Islam?? Apakah yang kita telah lakukan utk membendung perkara ini dari berlaku, kita sebagai ahli, jawatankuasa cawangan atau kawasan mahupun pimpinan di peringkat pusat apakah yang telah kita aturkan program bagi membendung perkara ini??

Proses Tarbiyyah yang diabaikan

Sistem tarbiyyah yang sepatutunya menjadi NADI bagi gerakan jama’ah kita ini, adakah telah dilakasanakan dan dipantau sebaik mungkin?? Saya juga melihat kekurangan dlm proses tarbiyyah kita ini terutama ahli-ahli kita? Banyak cawangan yang ada nama sahaja, tetapi tidak pernah ada aktiviti yang dijalankan, hanya nampak kalut bila tiba musim pilihanraya sahaja? Ini adalah satu kelemahan yang harus kita atasi, proses tarbiyyah hendakalah diadakan secara berterusan. Saya tidak tahu lah bagaimana setiap kawasan mengawasi aktiviti setiap cawangan di bawahnya? Apa yang dilihat kerbergantungan kita kepada Allah SWT telah berkurangan. Kita lebih banyak bercakap soal-soal politik dan mengutuk orang sahaja.

Apa yang saya lihat banyak ahli PAS yang perangainya sama macam perangai orang umno. Ramai jugak isteri dan anak-anak ahli PAS yang keluar dan duduk di luar rumah yang tidak berudung, kita selalu kata yang orang umno tolak hukum hudud, bagaimana pula soal hukum menutup aurat? Adakah dia bukan hukum Allah? Jika hudud itu hukum Allah, menutup aurat juga adalah hukum Allah yang mesti kita patuhi. Kalau bab merokok usah cerita lah, berkepul2 asap di markas-markas PAS, kadang-kadang petugas-petugas UMNO lebih nampak bersopan dari petugas-petugas PAS. Bagaimana ini boleh terjadi jika proses tarbiyyah benar-benar telah kita lakukan dan laksanakan.

Ahli-ahli PAS juga sukar datang mengerjakan solat jama’ah di surau/masjid lebih-lebih lagi solat subuh. Ada kedengaran ahli-ahli dan pendokong PAS yang menghentam Jama’ah Tabligh, mengata orang-orang tabligh ini belajar hadith dhoif dan palsu, tidak berilmu dan sebagainya, tetapi walaupun begitu kita lihat betapa disiplinnya orang-orang jama’ah tabligh ini mengerjakan solat jama’ah. Begitu juga ketika jama’ah tabligh ini mengadakan aktiviti ziarah, semua ahli mereka terlibat. Bagaimana pula ahli-ahli PAS, mereka begitu liat untuk datang ke usrah-usrah atau majlis-majlis ilmu yang lain, bila diminta untuk membuat kerja-kerja jama’ah, mereka memberi berbagai-bagai alasan. Kita patut ambil metod ziarah ini dan menerapkan ke dalam jama’ah kita.

Cukuplah PAS di zaman Dato’ Asri yang lebih banyak menjadi kenderaan politik. Marilah kita sama-sama meneruskan agenda gerakan Islam dan kepimpinan ‘ulama yang dipelopori oleh Allayarham TG Haji Yusuf Rawa dan kemudiannya Almarhum Dato’ Fadzil Noor yang mana kini diteruskan oleh TG Haji Abdul Hadi, TG Nik Abdul Aziz dan Dr Harun Din.

Beberapa komentar yang saya cuba ringkaskan:

Pengundi Wanita

Faktor pengundu wanita:-Dewan Muslimat perlu lebih pro aktif untuk menarik remaja-remaja perempuan unutk mencintai perjuangan Islam ini, dan membuat kerja-kerja jama’ah yang selari dengan tuntutan Islam. Ini perlu kerana UMNO dengan menggunakan sayap PUTERI UMNO nya telah menarik remaja-remaja ini dengan disogokkan dengan hiburan yang penuh dengan kebatilan dan artis-artis. Mungkin sebagai contoh setiap cawangan muslimat boleh mengadakan team bola jarring atau sebagainya, yang semestinya mengikut landasan syara’

Penceramah Yang Emosional

Ustaz-ustaz yang terlalu emosional dalam kuliah-kuliah di masjid/surau sehingga merosakkan majlis ilmu. Ustaz-ustaz sebegini membuatkan orang mula menjauhi dan tidak menyukai pendekatana sebegini. Orang sudah mula jelak dengan metod maki hamun dan mencela individu. Ustaz-ustaz perlulah lebih ilmiah dalam menarik orang-orang sekeliling untuk sama-sama membantu gerakan Islam. Ini perlu dipantau oleh pucuk pimpinan.

Kenyataan Pimpinan

Pimpinan di peringkat pusat juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Ini kerana UMNO/BN menguasai semua media samada cetak mahupun elektronik. Soalan-soalan melibatkan parti-parti lain yang diajukan oleh wartawan hendaklah dijawab secara berhati-hati. Pemimpin kita hendaklah menjauhi dari merendah-rendahkan pemimpin-pemimpin UMNO, soal pemimpin umno jadik imam tarawih dan tidak menjadi imam solat jenazah ibunya tidak wajar kita pertikaikan. Biarlah perkara itu menjadi soal antara pemimpin tersebut dengan Allah SWT. Setiausaha pemimpin PAS yang tidak pro aktif, terutama setiausaha TG haji Abdul Hadi Awang ketika menjadi MB Terengganu, sehingga TG Haji Abdul Hadi sendiri yang terpaksa untuk menjawab segala macam persoalan. Sikap pro aktif setiausaha TG Nik Abdul Aziz, iaitu saudara Annual Bakri Harun wajar dijadikan contoh.

Pemimpin Non-Melayu
Melantik dan memberi pendedahan menjadi pemimpin lajnah atau AJK pusat atau pendakwah dan sebagainya kepada muslim yang non-melayu. Ini lebih menonjolkan bahawa Islam adalah untuk semua bukan berdasarkan bangsa. Semoga luahan saya ini buleh diambil iktibar sedikit sebanyak, kerana seperti yang lain saya juga sayangkan perjuangan Islam ini. Marilah kita bermuhasabah diri kerana kemenangan Islam itu PASti dikurniakan oleh Allah sekiranya pendokong-pendokong Islam sudah menepati syarat-syarat kemenangan.

Sikap Wakil Rakyat
Sikap wakil-wakil rakyat PAS yang mula berubah bila diberi mandat oleh rakyat. Ini berlaku terutama di Terengganu. Ramai wakil rakyat yang tidak menjalankan aktiviti kemasyarakatan secara berkala. Memang wakil rakyat Pas terdiri dari orang yang buleh memeri kuliah dan membaca khutbah serta menjadi imam di surau/masjid, tetapi itu tidak mencukupi. Wakil rakyat harus turun ke kawasannya bertanya khabar dan masalah rakyatnya tanpa mengira sama ada orang UMNO atau PAS. Berjumpa juga dengan JKKK bagi mengatasi masalah sesuatu. Ini wakil rakyat hanya nampak batang hidung bila ada sesuatu perkara besar yang berlaku, ini merupakan satu kesilapan. Wakil rakyat yang ada kes mahkamah atau ada melakukan kesalahan yang merosakkan tanggapan umum terhadapnya seperti bekas ADUN Rantau Abang hendaklah digugurkan, dan menggantikan dengan seseorang yang lebih berwibawa dan berpengaruh di kalangan masyarakat setempat. Ini adalah sebagai contoh.

Perlunya membangunkan sosio-ekonomi
PAS perlu memikirkan dan membentuk perancangan ekonominya sendiri yang lebih bersistematik dan efisyen. Ini membolehkan masyarakat menilai kemampuan kita untuk memerintah dan mendaulatkana Islam. Pusat perubatan Islam Kohilal yang kita miliki hendaklah dikembangkan di serata Malaysia, agar ianya menjadi satu alternatif bagi masyarakat mendapatkan rawatan. Kita buleh menunjukkan contoh dan perlaksanaan kaedah perubatan Islam di situ dan mengenakkan bayaran yang lebih berpatutan kepada masyarakat, ini bagi menunjukkan bahawa memamg kita bersungguh dalam menjaga kebajikan rakyat. Juga perlu kita wujudkan sebuah pasaraya yang membolehkan orang menilai tatacara jual beli dalam Islam. Jika kita buleh membangunkan sosio ekonomi kita yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, maka orang akan lebih memahami. Tidak perlu tunggu mendapatkan kuasa politik unutk melakukannya. Lakukannya sekarang. Kita mempunyai gabungan antara professional dan ulama’.

MENUJU KEMENANGAN!
ANAK JOHOR





___________________________
Terbitan : 31 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)