SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UiTM Pulau Pinang.. TV3 menipuDidalam berita TV3 (tengahari Ahad), disebut bahawa keujudan UiTM Pulau Pinang di Permatang PAuh adalah satu bukti bahawa Barisan Nasional terutama Pak Lah tidak mengabaikan kawasan yang dikuasai pembangkang. Kenyataan ini disokong olehj beberapa orang ahli JKKK kawasan sekitar UiTM tersebut... Tetapi satu pekara yang mereka tidak sedar atau tidak nyatakan adalah, bahawa pemilihan kawasan untuk dibina UiTM pulau Pinang tersebut dibuat semasa Dato Seri Anwar Ibrahim mash lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pemilihan kawasan dan pembinaan kampus tersebut tidak boleh dibuat dalam masa 4 bulan (jangka masa Pak Lah menjadi Perdana Mentari) atau dalam masa 5 tahun lepas (sejak pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri). Perancangan dan pemilihan kawasan tersebut untuk menjadi kampus UiTM Pulau Pinang telah dibuat sejak lebih 6 tahun dahulu iaitu sejak Anwar Ibrahim manjadi perdana menteri lagi. Ini adalah satu lagi perbuatan putar belit/penipuan fakta yang dilakukan oleh pihak media serta BN/UMNO untuk mendapatkan undi dan melupakan terus jasa jasa Anwar Ibrahim didalam pembangunan negara. Anak Perelih___________________________ Terbitan : 8 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |