Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jawapan kepada keputusan pilihanraya 2004

Terlalu banyak faktor-faktor yang diutarakan bagaimana keputusan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini mengecewakan kita.Namun demikian faktor yang paling penting yang tidak dinyatakan dan ditonjolkan sehingga hari ini ialah faktor kertas undi itu sendiri

Dua jenis kertas undi ia itu (a) kertas berbentuk lembut (b) kertas berbentuk keras,kemas, dan bermutu tinggi

Dalam pilihanraya kali ini terdapat dua versi kertas ia itu lembut dan keras.Sebagaimana pilihanraya yang lepas-lepas cetakkan kertas undi dibuat hanya menggunakan satu versi sahaja ia itu keras,kemas dan bermutu tinggi tetapi dalam pilihanraya kali ini versi yang lembut ini digunakan secara meluas diseluruh negara.Ciri-ciri kertas lembut ini sangat istimewa dan ianya seakan-akan menyerupai salinan bank slip yang kedua yang kita gunakan untuk berurusan dengan bank.

Mengapa ianya digunakan di dalam pilihanraya ini begitu meluas sekali.Jawapannya kita sedia maklum.Dengan sekurang-kurang dua jam tindakan kimia yang ada pada kertas itu pangkahan awal pada kertas tersebut akan hilang.Dengan tindakan kimia juga dengan masa terttentu ia juga boleh timbul pada petak sebelah.Dengan berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai bank teori ini didapati benar.Dengan sebab itu pilihanraya di India yang penduduknya berjuta-juta orang kertas mengundi terpaksa ditebuk lubang untuk mengelakkan penipuan berbanding dengan kita yang menggunakan pensil yang mana boleh diekplotasikan

Persoalan timbul mengapa dua versi kertas ini digunakan dalam pilihanraya kita sedangkan pilihanraya yang lepas-lepas tidak digunakan dua versi ini.Siapakah master mind dan orang yang bertanggung jawab dalam hal ini.Sebenarnya banyak orang tidak mengetahui hal ini..Konspirasi ini dilakukan oleh mereka yang bijak dan berstrategik dalam memenangi pilihanraya ini.Orang UMNO,PAS,,Dap dan pertugas SPR pun tidak mengetahui hal ini.Setelah dimaklumkan kepada mereka barulah mereka mengetahui keadaan sebenarnya.Lagi pun mereka yang menang dalam pilihanraya ini terkejut dengan peningkatan yang mendadak.Contohnya Datuk Najib apabila salah satu peti undinya apabila dibuka didapati semuanya memilihnya menerusi versi kertas lembut ini.Untuk pengetahuan semua versi kertas ini dituju kepada negeri-negeri yang mempunyai pembangkang yang kuat.Oleh sebab itulah kita tidak hairan versi kertas lembut ini telah memainkan peranannya bagi memenang calon-calon yang terlibat.Kemungkinan didalam pembuangan undi di Sg.Lembing kelak kertas versi ini digunakan sekali lagi.Cuba dapatkan 100 keping versi lembut ini untuk dibuat kajian.





___________________________
Terbitan : 30 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)