SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Peringatan Untuk Rakyat Terengganu dan KelantanTV1 melalui slot berita pagi ini (jumaat) telah menyiarkan petikan ucapan 2 pimpinan utama UMNO. Di Besut Pak Lah bertemu dengan penduduk (sebenarnya) para guru dipaksa datang dengan hanya panggilan talipon. Aku kesian sungguh pada Pak Lah yang memaksa diri bertempik-tempik (nak tiru Anwar kot). Kat Sekolah Tengku Mahmud sekolah tempat dia berucap tu siap stanby ambulan. Aku dengar Pak Lah ni bukan sihat. Ada sahabat aku kata jantung Pak Lah ni pakai bateri. Eh betul ke? Katanya lagi belum apa-apa dah 2 kali buat pembedahan jantung. Wallahu`alam. Dia pergi ke Besut nak jaja Islam Hadhari (orang UMNO sebut HAD HARI sahabat aku kata ‘Islam hari jumaat saja’). Awas! Ummat Islam UMNO bukan nak amalkan Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad,Islam Qur aani. Pak Lah kata lepas ni nak lantik Tok Yeh (Datuk Idris Jusoh JE) jadi pengerusi perhubungan UMNO Terengganu sekali gus MB Terengganu. Tok sah mimpilah ! Rakyat Terengganu tak akan sokong. Baru jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, JE dah bolot projek wang ihsan begitu banyak. Datuk Sri Tok Guru jadi MB molek doh. Kan kita semua tahu Aji Derih tu bukan ngaji ugama. Lepas tu TV1 siarkan pulak ucapan Najib berapi-rapi kat Kelantan. Nak majukan Kelantan lah. Nak bela Islamlah. Islam versi mana ni Datuk? Aku ingat Islam Hadharilah maksud dia tu. Apa dalam Islam Hadhari boleh khalwat ke? Macam kat Port Dikson tempohari. Dalam ajaran Islam Hadhari ni aku ingat tutup `aurat tak wajib kot. Tengoklah si Rosmah tu. Semacam je dengan si Hindun. Macam nenek Hasmah jugaklah. Ini kena tanya dengan Astora budak siam kat utusan Malaysia tu. Tok sah dok mengarutlah Najib orang Kelantan tak terima ajaran Islam Hadari tu. Kelantan ni Serambi Mekoh. Rakyatnya tak terima lain daripada Ialam yang bermula kat Makkah tu. Aku nak beri tahu kat orang Kelantan sikit. Pak Lah dah cuba buat pembersihan daripada veteran UMNO. Dikatakan 60% calon UMNO dalam PR ke 11 ni muka baru. Veteran UMNO sedang marah dengan Pak Lah ni. Ku li mesti lawan Pak Lah bulan jun nanti, Ku Li pasti menang. Tetapi ada syaratnya, prestasi UMNO bawah Pak Lah hendaklah merosot. Kalu orang UMNO Kelantan nak tengok Ku Li jadi Presiden UMNO maka jangan beri undi pada BN. Undilan BA yang dipimpin oleh Tok Guru Mursyidul Am. InsyaAllah dengan prestasi UMNO dibawah Pak Lah yang buruk akan memberi peluang kepada Ku Li menang. Ingat orang Kelantan! Berikan undi kepada BA. Itulah yang akan menyebabkan sejarah akan mencatatkan orang Kelantan menjadi Presiden UMNO Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini. Kalau anda mempersia-siakan peluang ini maka kempunan lah Ku Li.Tak dok maso dah UMNO kelate nok lahirke pemimpin UMNO sehebat Ku Li. Selamat Mengundi Semua.Aku Bukan Budak SPR ___________________________ Terbitan : 19 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |