Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cerita kat kampong.....

Aku susun bendera PAS untuk di gantung semasa piliharaya lalu. Lepas Isyak aku tunggu budak-budak yang nak gantung bendera dan pelekat poster, tunggu punya sampai pukul 11.00 malam pun tak nampak budak-budak.

Dengan motor aku cari budak-budak ni dan terus pergi rumah Pak Lazim aku dengar bunyi budak-budak bersorak....tengah tengok VCD gusti.

Aku pun tanya budak-budak tu bila nak gantung poster, aku kata lepas tengok gusti bolehlah...

Tapi seorang budak tu jawab " Bang sekarang ni zaman IT bang, mana ada tolong free bang, kalau ada upah bolehlah bang, kami dah tiga malam gantung poster free." tercengang dan marah bila dengar jawapan budak tu.

Sambung budak tu lagi " Orang UMNO boleh bagi kami RM20.00 seorang kerja dari pukul 10:00 hingga pukul 12:00 malam siap nasi minyak lagi"

Aku jawab dengan marah" Kau orang ni tengok duit,duit,duit...bukan nak kerja untuk Islam".

Apakah nasib PAS nanti kalau begini perangai sikap budak-budak sekarang.





___________________________
Terbitan : 30 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)