Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MASA UNTUK TILIK KEKURANGAN KITA.

Kekalahan teruk pas menimbulkan keresahan dikalangan ahli2 pas. kebanyakkan kita menunding jari ke arah penentang islam yang melakukan kerja kotor. Saudara dan saudariku semua, golongan penentang islam memang sentiasa melakukan apa jua cara untuk kepentingan dunia mereka. Bagi mereka halal haram tidak diambil kira asalkan berjaya. Namun bagi kita selain cari jalan untuk mengatasi kerja jahat mereka, adalah patut kita tilik diri terlebih dahulu apakah yang menyebabkan tuhan jadikan kekalahan yang sebegini teruk kepada kita. Jangan fikir apabila kita berjuang islam maka segala perbuatan kita adalah betul. Cuba tilik adakah jalanan kita pada hari ini betul yakni mengikut jalanan ahli sunah wal jamaah. Kita pada hari ini lebih mementingkan kemenangan sehingga tidak peduli soal kepimpinan yang sewajarnya diangkat. Asalkan ada pangkat dan keluar dari universiti boleh dijadikan pemimpin. Malah kita sanggup melantik calon2 wanita walaupun ditegah oleh alim ulama. Pimpinan pas diharap ambil berat permasalahan ini. Cubalah belajar untuk menerima pandangan tok2 guru tua yang masih hidup dinegara kita ni. Janganlah hanya kerana tok2 guru ni tidak ada ijazah maka pandangan mereka diketepikan. Calon2 pas janganlah terpedaya dengan dunia yang sementara ini dan janganlah kamu ingkar akan pemimpin atasanmu! Sedarlah kita berjuang islam bukan untuk menang semata-mata,kalah menang usah diambil kira namun yang lebih penting kerja buat kita ni beroleh kebajikkan disisi Allah. Bergitu juga ahli bawahan pas janganlah berharap kepada semangat sahaja sedangkan ilmu agama kosong. Parti sekular telah menggunakan tokoh2 agama sebagai satu cara untuk meraih sokongan umat islam. Bagi yang berilmu mereka tidak akan terpengaruh dengan taktik ini. Ini kerana sejarah telah menyaksikan bahawa gelaran ustaz atau ulama bukanlah jaminan jalanan yang betul. Ambil kisah Bal’am sebagai satu contoh bagaimana hebatnya beliau yang mempunyai ramai murid malah doanya sentiasa dimakbul oleh Allah namun matinya dalam keadaan kufur akibat terpengaruh dengan raja kafir yang menentang nabi Musa a.s. Tokoh2 agama yang mengikut jalanan Bal’am akan mengalami kesudahan yang teruk kerana tidak bersyukur akan nikmat ilmu yang diberi Allah kepada mereka. Janganlah berduka cita wahai pencinta agama Allah kerana kemenangan puak munafik ini satu istidraj sahaja. Yakinlah walau sehebat mana sekalipun usaha puak munafik dan puak kafir mahu menjatuhkan islam namun usaha mereka itu tidak akan berjaya. Setinggi mana kehendak makhluk namun kehendak tuhan yang sentiasa menang!Allahu akbar!

Daud Fathoni.





___________________________
Terbitan : 31 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)