Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

UMNO beli undi pengundi baru?

Saya adalah seorang pekerja pembinaan swasta(di shah alam).Bos saya seorang umno karat dan telah berkira-kira akan mendapatkan projek besar bila kerajaan kelantan kalah. Secara kebetulan ketika saya membawakan barang yang dipesannya pada hari Khamis di sebuah kedai makan di seksyen 9 shah alam, kawannya ada bersama. Dari percakapan mereka kecewa dengan kekalahan Barisan

Najis Periuk Nasi National ( pinjam dari web tranungkite). mereka telah berkira-kira akan kaya dgn projek di kelantan bila bn menang. Kawannya mengatakan dia telah meramalkan yang BN akan menang berdasarkan bilangan orang yang memeriksa tempat mengundi di markasnya. Melihatkan mereka kan kalah, dia bersama kawan-kawannya seramai 3 buah kereta telah mencari pengundi baru yang lahir sekitar 1980-1982. Mereka berjaya mencari hampir 70% dari senarai nama dan membeli mereka dengan RM10 supaya mengundi BN. Dia juga memberi peringatan (amaran?ancaman??). Lebih kurang begini katanya" kalau kalah , siap kau orang".Kawasan operasi yang di beritahunya Kemumin, Tanjong Mas dan Panchor.

Jadi, saya berharap supaya pengundi muda kita jangan lupakan untuk Pilihanraya akan datang.Dan siasat malaun-malaun yang datang dari luar ni. Dia orang bukan kira pahala dosa, janji menang dapat projek. Tak kira macam mana. Moga mereka sedar dan bertaubat sebelum Allah menurunkan bala ke atas mereka.





___________________________
Terbitan : 27 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)