Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Wakil calon BN ditangkap ketika cuba merasuahkan calon PAS Johor

Oleh DIN TUALANG

Saya minta Harakah buat liputan lebih terperinci tentang laporan berita Bernama mengenai percubaan wakil calon BN di Johor untuk merasuahkan calon PAS DUN Pasir Raja supaya beliau menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya.

Ia bagi membolehkan kemenangan percuma kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Halimah Sadique.

Bernama melaporkan, anggota PAS telah menahan dua lelaki yang cuba menawarkan wang sogokan kepada calon PAS DUN Pasir Raja, Sanip Ithnin di kediaman beliau di Felda Sungai Sayong.

Mereka turut merampas sejumlah RM5 ribu daripada kedua-dua lelaki itu yang didakwa merupakan 10 peratus daripada bayaran keseluruhan untuk Sanip menarik diri.

Mereka yang ditahan itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Johor.

Bernama juga melaporkan kenyataan Menteri Besar Johor, Abd Ghani Othman. Katanya mengikut peruntukan undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika terdapat anggota parti terlibat memberi rasuah pada calon parti lawan, kelayakan calon itu untuk bertanding akan hilang.





___________________________
Terbitan : 17 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)