SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Timbalan Pengerusi Tetap Umno Wasiat Anak Buah Undi Bulan (BA).Bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Kuala Selangor juga selaku Ketua Umno Cawangan dan Ketua Kampong Permatang diberitakan telah berpesan agar anak dan kaum keluarganya mengundi calon Barisan Alternatif (Pas-keADILan). Hj.Mohd Ariff Jamaluddin telah meninggal dunia secara mengejut pada malam 10 Mach lalu.Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Permatang pada petang 11 Mach 2004. Apa yang menarik,Allahyarham tatkala hayatnya merupakan penyokong kuat dan fanatik Umno. Namun seminggu sebelum meninggal Allahyarham Mohd Arif telah memanggil seorang anak buahnya (wanita) di Kampong Tanjong Keramat Kuala Selangor kerumah beliau. Wanita berkenaan juga merupakan AJK Wanita Umno Cawangan Tanjong Keramat merasa terkejut apabila Mohd. Arif berpesan kepadanya: “ Isteri saya sebagai saksi,mulai saat ini saya telah mengarahkan anak buah dan kaum keluarga saya agar mengundi calon BA (Pas dan keADILan) bila p/raya nanti.” Wanita berkenaan yang hanya mahu dipanggil sebagai Kak Nah berkata: “ Saya tak sangka itu nerupakan pesanan (wasiat) terakhir Allahyarham.Pada mulanya saya menjangkakan itu hanya gurauan tetapi rupanya luahan hati terakhir beliau sebelum kembali kepangkuan Illahi.Insya Allah selaku anak buahnya saya ingat wasiat beliau dan tidak ragu-ragu akan sokong BA.” Mudah-mudahan Allah swt mengampuni segala dosa Allahyarham.Setidak tidaknya di akhir-akhir detik kehidupan ini hatinya telah terbuka untuk menjadi seorang ketua yang bertanggung jawab kepada kaum keluarga dan anak buahnya bukan setakat didunia malah sampai akhirat. Bagaimana pula dengan anda yang masih hidup,berilmu,berharta dan bergelar Ustaz,Imam,Penghulu,Penggawa,Ketua Kampong,JKK serta macam-macam lagi,tetapi masih mahu diperhambakan oleh Umno BN ! Berubahlah atau anda terpaksa menerima cemuhan anak cucu disaat-saat sepatutnya mereka mendoakan kesejahteraan anda dialam barzah nanti ! Al-Fatihah untuk Allahyarhan Hj Mohd.Ariff Jamaluddin ! Dollah Dagang.___________________________ Terbitan : 18 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |