Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jawapan Tulisan ibnu_billah ttg Kekalahan PAS

Assalamualaikum,

Saya nak komen sikit pasal tulisan Ibnu_Billah.

Pertama, rakyat Terengganu tidak menolak PAS. Sama aja jumlah undi dulu dan sekarang. Cuma ada banyak pertambahan yang menjadi persoalan dari mana datangnya. Kalau ikut law of logic and law of statistic pun, takkan semua pengundi baru yang keluar mengundi seratus peratus sokong BN. Tak mungkin. 180,000 rakyat TRG undi PAS in 1999, kali ni pun sama aja. Tapi BN ni, in 1999 dapat undi 120,000, kali ni somehow boleh dapat 220,000. Mana datangnya?

Pertambahan pengundi di TRG ni cuma 3 ribu orang je dari 1999 ke 2004.

Oleh sebab itu pecahlah tembelang SPR dan BN.

Yang kamu masih ketinggalan zaman dan gagal melihat kenapa?

Inikah orang Melayu (kalau yelah), memang memalukan. Sebelum bercakap, check dulu fakta tu.

Anda cakap anda pejuang Islam, apesal tak check fakta dulu? Jangan cakap sembarangan sahaja. Org TRG dah cukup bengang dah ni.

Saya tidak setuju PAS berdakwah hundred percent. Itu method zaman dulu. Sekarang ni mesti pakai media etc jugak. Kalau tidak, tidak berkesan. Bila satu dunia tahu intention PAS, lebih susah nak dikaitkan dgn terrorists.

Pasal cerita menarik anda, saya rasa cukup terkilan. Langsung tak menarik dan, cuma menunjukkan kebodohan mereka yang terlibat.

Kami semua bukan fanatik PAS. Kami pejuang reformasi, keadilan. Jika si adik dia tu tak adil, lawanlah. Ape nak senyum-senyum macam durian tunggul? Itu bukan sikap pejuang Islam. Itu penakut namanya. Keadilan mesti ditegakkan, biarpun saudara sendiri. So tanggungjawab dialah nak betulkan adik dia tu.

BTW kalau ikut kitorang reformists nie, aku sokong gak adik dia tu berkempen supaya dia dicalonkan. Lobilah semahu dia, asalkan play fair and ikut landas Islam. Seposen pun tak salah. Dah kalau dia rasa dia lebih baik dari abangnya, perlulah dia buktikan. Apa ingat adik kena sentiasa mengalah dengan abangke? Kalau macam ni jadi nepotism. Lagi kitorang benci. Ingat title and position tu semua mak bapak engkorang punya ke?

My position is, siapa rasa dia layak, tolong advertise yourself. We judge yes or not.

PAS memang ada kesilapan, tapi bukanlah seperti apa yang anda tulis. Sebabnya lain.

Sekian,

Wassalam

Engineer Terengganu





___________________________
Terbitan : 31 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)