SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jawapan kepada Abu MaryamWoi! bangang mananya dalil yang awak(Abu Maryam) bawak untuk mengatakan haram buat maulud?menuduh orang buat maulud tu bidaah bukannya dalil! Patutkah kita menolak perayaan maulud yang membesarkan dan melahirkan rasa gembira kepada nabi hanya kerana kerajaan sekular menyambut dengan bercampur gaul lelaki dan perempuan? Cuba awak bawak bukti yang menunjukkan alim ulama(kecuali ulama pengampu) suruh buat sedemikian. Abu maryam berkata“Nabi Muhammad(saw) pun tak akan masuk syurga kalau Allah tak curahkan rahmatnya ke atas nabi(saw)”, ayat ni macam nak sama dengan ayat yang diguna oleh mahathir bangang apabila beliau kata Allah boleh jadikan sesiapa saja jadi nabi.Perkataan ini hanya diucap oleh orang yang tak berakal!Nabi Muhammad S.A.W manusia mulia yang dipilih oleh Allah,sudah tentu tempat yang terbaik(Syurga) diberi oleh Allah kepada baginda. Saya rasa tak perlu nak ulas berkenaan maulud dengan orang2 bangang sedangkan perkara bidaah pun dia tak faham. Cukup dengan dalil2 yang diberi terdahulu bagi membolehkan maulud nabi dilakukan. Si bangang abu maryam menghukum sesat kepada orang yang membuat bidaah hanya kerana berpegang dengan hadis nabi Ertinya : Jauhilah perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru adalah bidaah, setiap bidaah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan masuk ke dalam neraka". Hadis nabi ada banyak bukan satu tu je.Nak letak hukum kenalah tengok dulu hadis2 nabi yang lain. Imam Malik pernah berkata : "Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku". Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya "Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir". Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata "Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari kiamat)". Jangan ingat setiap tuduhan sesat yang awak(abu maryam) lemparkan itu akan dibiarkan tanpa dihisab! Dalam perkara bidaah Imam Syafei meletakkan bidaah itu ada dua, bidaah terpuji dan bidaah tercela(seperti yang disebut dalam hadis nabi).Dalil yang digunakan oleh Imam Syafei bagi menyokong pendapat ini berdasarkan hadis dibawah: Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Barangsiapa yang mengadakan dalam islam sunnah yang baik maka diamalkan orang kemudian sunnahnya itu,diberikan kepadanya pahala sebagai pahala orang yang mengerjakan kemudian dengan tidak mengurangkan sedikit juga dari pahala orang yang mengerjakan kemudian itu. Dan barangsiapa yang mengadakan dalam islam sunnah yang buruk, maka diamalkan orang kemudian sunnah buruknya itu,diberikan kepadanya dosa seperti dosa orang yang mengerjakan kemudian dengan tidak dikurangi sedikit pun juga dari dosa orang yang mengerjakan kemudian itu.(Hadis riwayat Imam Muslim) Dari Abdul Rahman bin Abdul Qarai beliau berkata: Saya keluar bersama Saidina Umar bin Al-Khattab(Khulafaur Rasyidin) pada suatu malam bulan Ramadhan pergi ke masjid Madinah. Didapati dalam masjid orang-orang sembahyang tarawih bercerai-cerai, ada yang sembahyang bersendirian, ada yang sembahyang dan ada beberapa orang di belakangnya. Maka Saidina Umar ra. berkata, "Aku berpendapat akan mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang imam sesungguhnya lebih baik, lebih serupa dengan sembahyang Rasulullah". Maka disatukan orang-orang itu sembahyang di belakang seorang imam bernama Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada suatu malam (yang lain) kami datang lagi ke masjid, lantas kami melihat orang-orang sembahyang berkaum-kaum di belakang seorang imam. Saidina Umar ra. berkata; "Ini adalah bidaah yang baik".(Hadis Sahih riwayat Imam Bukhari) Jika ada orang mengatakan perbuatan Sahabat tidak boleh diikut nescaya saya bawakan hadis dibawah sebagai dalil disuruh Rasulullah supaya kita mengikut para Sahabat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Maka wajib atas mu memegang sunnah aku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang diberi hidayah.(Hadis Sahih Riwayat Imam Abu Daud dan Turmizi) Abu maryam bergitu angkuh mengatakan sesat kepada sesama islam. Beliau bukan saja menuduh sesat kepada orang yang meraikan Maulud Nabi bahkan turut menuduh sesat kepada Sahabat Nabi yang turut mengamalkan bidaah(bidaah yang baik)! Malah beliau turut menuduh dirinya sesat sekiranya beliau membaca Al-Quran yang ditulis pada masa sekarang!Ini kerana pada zaman Nabi dan para Sahabat Al-Quran tidak diletak titik dan baris! Bukankah ini bidaah? Cari gurulah Abu Maryam,supaya dicucikan kepala otak kau yang berkarat tu!jangan hanya duduk mengadap laman web bahasa Inggeris saja untuk faham islam! Buat malu kat orang2 umno kalau diarang tahu bergini punya teruk pemikiran pejuang islam! Janganlah suka memandang serong akan usaha para alim ulama dalam membuat sesuatu perkara yang berkaitan dengan ibadat. Cukuplah parti sekular umno saja yang tak reti islam, jangan kita jadi macam mereka. Itupun kalau Abu maryam mahu perjuangan islam. Dan akhir sekali kepada puak2 yang mengatakan politik tu kotor(tak mahu mengundi), bahagia ke kamu semua tengok negara ni penuh dengan maksiat? Gunalah tangan anugerah tuhan tu untuk pangkah bulan!Allahu akbar!Allahu akbar!Allahu akbar!___________________________ Terbitan : 7 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |