SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kertas undi pos dalam tong sampah bukti pilihan raya tidak telusOleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) – Sejumlah 17 helai kertas undi pos ditemui di dalam tong sampah oleh petugas Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) di Sabak Bernam membuktikan sekali lagi dakwaan pembangkang bahawa pilihan raya ke-11 dijalankan secara tidak telus adalah benar. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Badrol Amin Bahron berkata, pembangkang bukannya mempersoalkan kekalahannya kerana itu adalah adat pertandingan, ada yang kalah dan menang. Tetapi katanya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) amat meragukan pembangkang malah, calon-calon bebas yang lain, lebih-lebih lagi dengan terjumpanya undi pos yang siap bersampul di dalam tong sampah di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam pada 23 Mac lalu. "Bagaimana kertas undi tersebut yang lengkap bernombor siri dan mempunyai surat rasmi pengakuan daripada Setiausaha SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar dan mempunyai cop rasmi boleh berada dalam tong sampah, ini mungkin satu tindakan sabotaj," kata Dr Badrol Amin. Beliau menyifatkan bahawa ada pihak yang mungkin sengaja membuang kertas undi tersebut bagi mendapatkan sesuatu. Bagaimanapun daripada 17 kertas undi pos tersebut hanya satu memihak kepada pembangkang. "Kami tidak mengambil kira kertas undi tersebut memihak kepada Umno, tetapi soalnya di mana kredibiliti SPR yang sepatutnya menjaga kertas undi tersebut dengan baik, tetapi sebaliknya kertas undi tersebut ditemui di dalam tong sampah," tegasnya. Baru-baru ini katanya lagi, perkara yang sama turut berlaku di Kedah, di mana petugas PAS turut menemui kertas undi bertaburan di jalan raya di kawasan Jitra. "Perkara ini mungkin lagi berlaku di mana-mana di seluruh Malaysia, bukan kami hendak menuduh tetapi banyak bukti kami temui," tegasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang medianya mengenai penemuan kertas undi di dalam tong sampah oleh seorang petugas parti tersebut yang enggan namanya disiarkan berikutan beliau adalah kakitangan kerajaan. Badrol Amin menegaskan, pihaknya telah meneliti kertas undi tersebut dan mendapati ia adalah kertas undi yang sah. Justeru katanya, perkara tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa polis dan seterusnya dibawa ke SPR bagi tindakan pihak terbabit. "Saya harap SPR akan memberi penjelasan selain bertanggungjawab terhadap perkara tersebut," tegasnya. Pada pilihan raya lalu, kejutan berlaku di mana Barisan Nasional (BN) menyapu bersih beberapa negeri, sementara menawan semula negeri Terengganu daripada tangan PAS. Bagaimanapun keputusan pilihan raya kali ini disifatkan sebagai tidak sah oleh BA oleh kerana beberapa masalah sewaktu pengundian dan pengiraan undi. – lanh___________________________ Terbitan : 31 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |