SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Tahniah anda & kita semua telah bekerja keras.....Assalamualaikum... Semoga saudara dirahmati Allah hendaknya. Keputusan Pilihan raya kali ini diluar jangkaan. Semua bercakap begitu. Postmotem perlu dilakukan agar kita melihat kelemahan dari kita dan melihat kekuatan bagi pihak BN semasa pilihan raya itu. Namun seperti saudara kata kita masih ada kekuatan bahawa orang yang istiqomah dengan kita masih ramai dan sentiasa tegap dan teguh menyokong kita. Saya sebenarnya bukan orang Terengganu. Menggundi di Kawasan Parlimen Tambun, Perak. Kawasan ini tentu sekali sukar untuk BA yang meneggakkan syiar Islam bertapak disini. tapi yang istiqomah masih tegap dan tegoh dengan niat untuk menegakkan kebenaran. Sebelum dan Semasa pilihan raya saya sentiasa terus menerus meninjau kedudukan Terengganu dan Kelantan yang saya rasa sebagai kekuatan Islam di Negara ini. Saya sangat sedih dan kecewa daripada keputusan pilihan raya ke-11 apabila Terengganu dan Tuan Guru Haji Hadi sendiri kecundang... sebak saya pada malam 21 Mac masih berlalu.... persoalan dalam diri saya:1. Mengapa umat Islam Melayu Terengganu tidak sedar perubahan Islam dan tidak mahu dengan perubahan itu.... 2. Mengapa kekalahan begitu teruk sekali... macam orang terengganu menghukum pemerentahan dibawah PAS 3. Apakah perkara ganjil berlaku pada penggundi disana 4. Apakah semua ini hukum dari Allah..... 5. Adakah berlaku penipuan dari pehak lawan.... 6. Adakah penggudi baru yang muda-muda tidak terima pemerintahan PAS... 7. Adakah Kerajaan PAS telah tidak menjalankan amanah hingga menyebabkan atas pagar tidak terima.... dan lain-lain persoalan..... akan bersambung....... ikhlas dari saya yang sedih dengan kekalahan itu... hasli ___________________________ Terbitan : 25 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |