SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Gerakkan semula aktiviti pemantapan rohRamai 'penganalisa' keputusan PRU kali ini memberikan antara sebab gerakan Islam mudah sekali ditipu kali ini ialah kerana pertalian di antara mereka dengan Allah SWT telah menjadi longgar. Sementara di pihak lawan pula, 'kemenangan' mereka adalah satu istidraj yang tidak perlu dihuraikan lagi. Seorang ustaz sahabat ambo juga sanggup menalipon ambo pada pagi 'kekalahan' itu melalui handphone beliau selama setengah jam (sebab dia tak pernah pakai handphone kalau ada di rumah, sebab nak jimat duit, tapi pagi tu dah tak kisah lagi) dan antaranya menyatakan betapa ramai di kalangan wakil rakyat PAS di Terengganu ketika berkuasa dahulu sudah pandai pakai kereta mewah. (Kalau tidak betul, sila betulkan fakta ini.) Memanglah kita tak kata mereka guna duit haram, macam kebanyakan orang UMNO. Tapi kita adalah sebuah gerakan Islam dan yang utama sekali sebuah gerakan dakwah. Walaupun kita mampu dan banyak duit, tetapi hidup bermewah-mewahan ini bukan sifat seorang pendakwah, penda'i ataupun pejuang yang prinsip hidupnya perlu menganggap kehidupan di dunia ini sebagai seorang musafir yang duduk seketika untuk melepaskan lelah kerana ada perjalanan yang jauh lebih panjang lagi iaitu kehidupan akhirat. Tidak pernah kita melihat seorang musafir/ traveler yang ke hulu ke hilir membawa Mercedes misalnya. Pemimpin gerakan Islam perlu hidup sederhana, dan kalau boleh menjadi seorang yang zahid, yang merupakan di antara ciri terpenting Nbai-Nabi dan para sahabat redhwanullah 'anhum. Tetapi malangnya ramai di kalangan pimpinan di Terengganu khususnya cara hidup luaran mereka sudah tiada bezanya dengan kehidupan pemimpin UMNO. Cuma di Kelantan ada beza sedikit kerana ambo dikhabarkan oleh seorang bekas calon PAS bahawa ramai wakil rakyat PAS masih menggunakan kenderaan lama mereka seperti kereta Kembara atau Perdana sahaja. Di dalam risalah post-motemnya, TG Haji Hadi mengakui secara tidak langsung di antara punca kekalahan PAS ialah kerana sudah meninggalkan kerja-kerja tarbiyyah. Yang sedihnya perkara ini berlaku di seluruh negara. Kalau ia hanya berlaku di Terengganu sahaja mungkin masuk akal kerana kita boleh mengandaikan pemimpinnya mungkin sudah hanyut dengan projek. Tetapi di negeri lain yang PAS masih belum berkuasa juga agaknya mula perasan seperti duduk di negeri Terengganu. Kita telah mula percaya kepada kekuatan makhluk. We start to believe in numbers. Kita ingat bila bilangan kita ramai, kita hampir pasti menang. Pergantungan kita kepada Allah sudah semakin berkurangan. Gejala ini telah Allah SWT tempelakkan kepada golongan Muslimin pada ketika kekalahan yang mereka terima dalam perang Uhud yang disebut di dalam al-Quran. Jikalau pergantungan diri kita kepada Allah SWT kuat dan jitu, segala kekuatan makhluk di bumi tidak mungkin dapat menewaskan kita, pengundi hantu jauh sekali, SPR juga akan ditewaskan dan kekuatan makhluk yang lain. Allah SWT akan mengadakan jalan keluar bagi orang-orang yang hampir dan bergantung sepenuhnya kepadaNya, di samping kita berjihad di lapangan. Dan ustaz sahabat ambo juga berpendapat kita sudah semakin bergantung kepada satu lagi kuasa makhluk iaitu segolongan manusia yang dinamakan para profesional. Yang dimaksudkan di sini ialah pergantungan yang hampir total kepada golongan ini. Sepatutnya pergantungan kepada Allah SWT itulah yang mengatasi segala-galanya tetapi sekarang sudah terbalik kot. Seolah-olahnya kita tidak perlu lagi bergantung kepada kekuatan Allah SWT kerana kita sudah ramai golongan profesional. Beliau bukanlah menyalahkan golongan perofesional yang ramai di dalam PAS itu dan yang memegang pelbagai jawatan penting itu. Tetapi masalahnya ialah bagaimana kita melihat isu tersebut dari sudut pergantungan kita kepada Allah SWT. Memang di zaman ini, kita tidak boleh lari daripada menggunakan seramai mungkin tenaga perofesional. Tetapi tarbiyyah yang kita terima, atau tidak terima, telah mengakibatkan kita telah menjadi terlalu bergantung kepada tenaga makhluk yang bergelar profesional ini. Walaupun ambo kenal ramai di kalangan profesional di dalam PAS bersifat dwi-alam, iaitu boleh menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, tetapi ramai juga di kalangan mereka ini apabila berada di atas, secara otomatik merasakan diri mereka sudah 'at par' dengan para ulama. Masalahnya pengikut bawahan juga mula merasakan seperti mereka itu. Ustaz sahabat ambo ini memberi contoh bagaimana PAS di bahagian beliau ada mengendalikan program kelas pengajian Islam sehingga peringkat diploma. Tetapi yang menghadirinya hanyalah ahli-ahli bawahan sahaja. Di mana perginya golongan atasan PAS di kalangan profesional ini? Apakah mereka mula merasakan sudah menjadi sorang alim apabila diri dilantik memegang jawatan penting dalam parti? Inilah masalahnya yang telah melanda PAS dalam era millenium ini. Golongan agama mula merindui kehidupan duniawi, sementara golongan profesional mula merasakan diri sebagai ulama. Puncanya program tarbiyyah sudah berkurangan atau hampir tiada langsung di banyak bahagian lain selama beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak analisa yang dilakukan pasca PRU ini juga terlalu menitik-beratkan unsur makhluk, dan terlalu sedikit yang mahu mengkoreksi dari sudut kerohanian. Apalah makna sebuah gerakan Islam tanpa unsur kerohanian yang perlu diseimbangkan dengan unsur material. Jikalau kerohanian kita lemah, kemenangan di antara dua pasukan hanya akan berlaku berdasarkan kekuatan material semata-mata, dan tiada 'campurtangan dari langit' lagi. Siapa yang kuat material, dialah yang akan menang. Dan inilah yang telah berlaku di Uhud apabila para sahabat mula bermegah dan takjub dengan kekuatan bilangan mereka. Ambo pasti bahawa punca kita tidak dimenangkan kali ini ialah supaya kita kembali kepada Allah SWT, insaf akan kekuatanNya yang bersifat mutlak, dan mencari jalan bagaimana untuk kembali kepadaNya. Itu tidaklah sukar sangat kerana kita telah pun melalui jalan tersebut ketika kita belum menang dahulu. Kita hanya perlu mengutipnya semula. Kita perlu kembali kepada unsur kekuatan yang bersifat majlis-majlis keilmuan, kerohanian, hidupkan usrah, tamrin, qiamulail, amalan ma'thurat dan sebaginya. Hanya apabila ada bantuan dari langit, kepada saf kepimpinan dan pengikut bawahan keseluruhannya sahaja barulah sinar kemenangan akan tiba, kadang-kala tanpa disangka dan diduga oleh kita. Dengan bantuan langit juga, SPR yang mahu menipu kita akan tertipu dengan penipuan mereka sendiri. Dengan bantuan dari langit, pengundi hantu mungkin tidak dapat sampai ke tempat yang mahu ditujunya. Dengan bantuan langit jugalah, pengganas komunis Rusia yang ramai telah lari lintang-pukang apabila melihat ribuan mujahidin di hadapan mereka yang pada hakikatnya cuma dua orang sahaja. Sudah tentu faktor makhluk juga perlu dikaji seperti memperkasakan diri kita tentang kaedah penipuan musuh yang terkini dan keupayaan menjangka ke hadapan apakah tipudaya musuh yang akan datang, serta kaedah untuk menanganinya. Sekali lagi, perkara ini juga hanya akan berjaya dilakukan apabila perhubungan kita dengan unsur langit menjadi kuat. Kekalahan ini, walaupun dibuat secara tipu-daya, banyak hikmahnya. Ia mengajar diri kita untuk memiliki sifat sabar, tawadhuk, tidak berbangga diri dan berani mengkoreksi diri sendiri. Kita tidak mahu kemenangan ini bersifat sebagai suatu istidraj. Kita tidak mahu Allah SWT memberikan kemenangan kepada kita dalam keadaan diri kita belum sempurna sifat dan ciri-ciri sebagai seorang pemenang. Apapun kita akan mati dan tanpa pertalian yang kuat dengan Pencipta kita, menang di dunia pun tiada jaminan akan menang di sana. HC___________________________ Terbitan : 29 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |