SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kisah Dato' Pa - JeliIni satu kisah betul mengenai Dato' Mustapha Mohamed - Pengarah MTEN. Dato' telah mengarahkan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk melaksanakan dua Kajian ( Projek ) iaitu Kajian Pengangguran di Kelantan - bagi rumah2 yg terpilih sahaja dan satu lagi Kajian Kemiskinan di Kelantan ( Taraf Sosio Ekonomi ) bagi seluruh negeri Kelantan. ( Projek ini hanya di negeri kelantan sahaj - negeri lain tidak terlibat ). Kajian ini telah dijalankan pada bulan Jan dan Feb. Sebenarnya Projek ini telah dilaksanakan sebelum ini dengan memberi tender kepada satu syarikat swasta dengan kos lebih 2 juta. Namun keputusan yg didapati daripada kajian yg telah dilaksanakan oleh syarikat ini meragukan banyak pihak terutama MTEN. Oleh sebab itu Kajian ini telah diberi sekali lagi kepada Jabatan Perangkaan Malaysia untuk dilaksanakan dengan hanya nilai kos suku juta sahaja. Bayangkan berapa banyak perbezaan dgn tender sebelum ini. Projek ini adalah satu Kajian yg agak ad-hoc kerana beliau mahukan keputusan dgn begitu cepat untuk digunakan isu dalam pilihanraya. Sudahlah digunapakaikan tenaga pekerja sambilan untuk mempercepatkan siap projek ini, namun apa yg mendukacitakan kami sebagai pekerja yg telah bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ini ialah mengenai peruntukan belanja projek ini. Gaji kami belum lagi dibayar walaupun projek ini telah lama kami siapkan. Bahkan duit claim ot, mail list semuanya blum dpt lagi. Alasannye duit peruntukan belum sampai lagi ke Jabatan Perangkaan. Cam ner nih...masa dalam taklimat ( yg diadakan di Hotl New Pacific ), bukan main besar cakap semua pengarah yg memberi ceramah. Kononnya, pasal duit jangan di runsing. Pihak MTEN telah bersetuju utk memberi peruntukan. Sudah lah kami menggunakan duit sendiri untuk perbelanjaan harian termasuk lojing ke kaw. jauh. Berhutang sana sini, dgn harapan bila dpt gaji, hutang boleh kami selesaikan. Namun....sehingga ke detik ini, saya cukup kesal ngan pihak MTEN. Sepatutnya, pihak MTEN dapat menguruskan semua pembayaran ini sebelum tarikh pilihanraya yg dah hampir tiba. Kalau begini rasanya....kemungkinan besar kami tidak akan memilih Dato' dalam election nanti. Itulah risiko yg Dato' kena tanggung bila janji tidak dipenuhi. Akhir sekali, cepat2 lah sikit pihak MTEN melunaskan gaji kita orang yer.___________________________ Terbitan : 19 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |