SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ibrahim Yaakob tidak harus dipulaukanKekalahan Pas di Terengganu dan Kelantan sesungguhnya amat menghibakan dan mendukacitakan pendokong-pendokong gerakan Islam di seluruh negara. Ramai yang tidak mempunya selera untuk makan, demam dan hilang semangat untuk bekerja . Tetapi itu tidak akan membantutkan usaha kita untuk terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Kekalahan ini memberi pukulan yang amat dasyat kepada seluruh penyokong-penyokong Pas tetapi ia bukanlah satu pukulan maut yang terus mematikan perjuangan kita menegakkan Islam di bumi tercinta ini. Terlalu ramai pendokong-pendokong PAS yang emosional dengan kekalahan ini. Tidak terkecuali pimpinan-pimpinan tertinggi Pas sendiri. Dan ramai di kalangan ahli-ahli kita yang bertindak kurang bijak disebabkan oleh emosi yang membuai perasaan. Kerana nyata kita hanyalah insan biasa. Namun tidak kurang juga respon-respon positif dari ramai pimpinan PAS termasuk Presiden Pas sendiri yang menerima hakikat kekalahan ini. Satu teguran saya untuk penyokong PAS, janganlah kita terlalu beremosional dan mengikut kata hati. Seperti yang terjadi di Kedah, bapa kepada Dr. Mashitah telah didesak dan kebanyakan penyokong pas mula memulaukan beliau dan itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Ini akan lebih memberi peluang kepada media-media pemerintah untuk memberikan satu gambaran betapa fanatiknya penyokong PAS dan ia akan merugikan kita sendiri. Kita haruslah bersabar. Jika kita ingin menarik minat lebih ramai orang lagi kepada perjuangan untuk menegakkan Islam, kita harus lebih bersifat terbuka. Bersabar tidak rugi. Pendokong-pendokong Pas harus bercampur dengan penyokong-penyokong BN untuk memberi gambaran sebenar perjuangan Pas. Jika kita memulaukan mereka dan bermusuhan, bagaimana kita ingin menambahkan sokongan dan kekuatan kita. Anak-anak muda perlu diberikan perhatian yang lebih. Naluri remaja mereka melonjak-lonjak untuk bersuka-ria dan melakukan apa sahaja yang mungkin menyalahi syariat. Di sini lah kebijaksanaan pemerintah untuk melalaikan generasi-generasi muda Islam dgn hiburan yang berterusan. Untuk menghalangnya, kita memerlukan satu pendekatan yang bijaksana. Seharusnya cendikiawan-cendikiawan Islam seperti Dr. Hassan Ali, Ustaz Badrul Amin, Ustaz Harun Din dan ramai lagi menyediakan satu kertas kerja perancangan bukan untuk pilihanraya akan datang tetapi perancangan 20-30 tahun akan datang untuk mentarbiah ahli-ahli dan penyokong gerakan Islam. Ingatlah, Yahudi merancang untuk menguasai dunia bukan 5-6 tahun lepas tetapi ribuan dan ratusan tahun dahulu. Bersabarlah. Beristiqamah lah. teruslah memenuhi rumah Allah. Tingkatkan program-program kesedaran Islam. Kita tidak seharusnya takut dengan kekalahan kerana matlamat kita adalah akhirat dan bukan duniawi semata-mata. Tidak hari ini, hari esok. Yang pasti perjuangan menegakkan Islam akan diteruskan oleh generasi-generasi kita yang akan datang. -Ibn Rashid-___________________________ Terbitan : 26 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |