Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Renungkanlah

Assalamualaikum.....

saudara yang saya hormati. saya adalah antara pemerhati politik golongan pertengahan yang cukup terkejut dengan keputusan pilihanraya di Kelantan dan Terenggganu. Begitu juga dengan prestasi Pas secara keseluruhannya.

Menganalisis keputusan tersebut bukanlah mudah. membuat hipotesis namun untuk membuktikannya teramatlah susah. Pelbagai andaian di buat. sesetengahnya di sertai dengan bukti yang tak pasti.

Mengulas prestasi Pas di Terengganu, saya amat besetuju dengan kata TGHAHA, yang menyatakan kita harus menerima keputusan rakyat Terenganu menolak Pas dan menolak jasa baik kerajaan PAs yang di buat sepanjang 4 tahun.

Pas juag harus kembali kepada method asal perjuangannnya iaitu secara dakwah. Di sini saya ingin kongsi satu cerita menarik yang saya rasa bernilai dan harus jadi renungan puak-puak pennyokong dan pemimpin Pas teruatamanya di Terengganu.

nampaknya gejala cantas mencantas telah menular di dalam Pas. Ini berlaku di kawasan DUN di PArlimen K. Terengganu. Pemimpin Pas ini adalah 2 beradik. Namun dari sumber rapat yang boleh di percayai, untuk merebut jadi calon di Sebuah DUN, si adik beserta kuncu-kuncunya telah pun melancarkan perang dengan melobi dan mencanangkan si adik lebih layak dan si abang tak di terima oleh pendduduk setempat. Saya teramat mengenali si abang yang merupakan seorang ustaz yang ke sana kemari memberi ceramah di serata Terengganu dan juaga luar negeri. Kewibawaan si abang teramatlah jauh jika nak di bandingkan dengan si adik. Di pendekkan cerita maka si adik di calonkan . namun si abang hanya senyum dan langsung tak mengeluh bila di beritahu peel adiknya itu.Inilah sikap pemimpin perjuangan Islam yang seharusnya di jadikan contoh untuk semua.

namun suka saya nak sentuh satu aspek di sini. nampaknya budaya tak elok ini tidak seharusnya berlaku di kalangan pemimpin pas, walaupun di peringkat DUN begini. Di mana dia sikap mulia pemimnpin pas. Kalau peminpin UMNO kita boleh terima.

dan kekalahan teruk kali ini wajar di jadikan teladan dan sedarlah bhawa Allah nak mengingatkan mereka agar tidak lari dari perjuangan asal untuk menegakkan Islam dan bukan berjuang untuk kepentingan peribadi spt UMNO.

Maka sewajarnyanyalah Allah memberi peringatan kepada mereka yang lalai dan lari dari konsep asal perjuangan.

Nasihatkanlah pemimpin Pas agar kembali dengan kaedah asal. Cakap jangan angkuh. jadi MB, jadi EXCO, reti retilah pakai kereta kecik. PIkat hati rakyat. Semak balik kesilpan yang mungkin di lakukan. jangan salahkan orang alian je.ok

salam perjuangan untuk pejuang2 Islam.

Wassalam
ibnu_billah





___________________________
Terbitan : 29 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)