SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ruginya Rakyat TerengganuInsan Dagang Sebaik sahaja keputusan pilihanraya Malaysia ke-11 diumumkan pada 22 Mac 2004, perasaan ku menjadi hiba, sehiba-hibanya. Apa pun, itulah yang telah ditakdirkan Allah swt kepada kita, kita redha. Reda sedikit gundahku bila mengenangkan perjuangan para-para rasul dan para nabi-nabi as. Perjuangan-perjuangan mereka mentauhidkan Allah swt dimaktubkan dalam Alqur’an. Mereka juga tidak putus2 mengharungi halangan dan ketewasan. Tetapi mereka tetap beristiqamah dan meneruskan tugas yang dibebankan oleh Allah swt untuk terus berjuang. Mereka dididik supaya memilih kemenangan hakiki, yakni syurga yang telah dijanjikan Allah swt bagi mereka. Beralihnya Terengganu dari kepimpinan ulama’ ke bawah pimpinan sekularisma telah mengisyaratkan kepada kita bahawa alam kerohanian di Terengganu akan pupus sedikit demi sedikit. Samada kita sedar atau tidak, yang pasti akan subur ialah alam madani (kebendaan). Seandainya ia tempang, maka terserlahlah pula kepalsuan dan fitnah di bumi terengganu. Kita pasti ini akan berlaku, geraknya mungkin tidak selaju mana, tetapi ia tetap menapak selangkah demi selangkah….. Kepada rakyat negeri Teregganu khasnya dan rakyat Islam Malaysia amnya, kehilangan PAS di Terengganu adalah merupakan suatu pukulan hebat kepada kebangkitan Islam di Malaysia. Secara sedar atau tidak, kita sebagai umat Islam di Negara tercinta, telah menafikan kemuliaan yang Allah swt ingin kurniakan kepada kita. Allah swt memuliakan ulama’ dan memuliakan umat yang berlindung dibawah naungan ilmu dan pimpinan mereka. Tetapi sayang sekali, melalui tangan-tangan kitalah juga yang membunuh kemuliaan yang ingin Allah swt kurniakan itu... Renungkanlah baik-baik wahai umat Islam, timbulnya seseorang ulama yang berani dan lantang ketengah umat, menentang elemen-elemen yang tidak diredhai oleh Allah swt bukanlah sesuatu yang mudah diperolehi. Mereka bolehlah diibaratkan bagai permata terselit dalam batuan gunung. Kebangkitan mereka merupakan rahmat dan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada umat Islam. Tidak keterlaluan kalau diandaikan nyawa Islam terletak di tangan ulama-ulama yang benar dan berani. Pupusnya mereka maka daganglah Islam…….. Sungguh malang umat Islam hari ini, mereka lebih gemar menyanjungi pemimpin madani daripada pemimpin rohani. Malah sungguh hina kita, yang mana kita bersama-sama pula menabur fitnah untuk menjatuhkan manusia yang dimuliakan Allah swt ini. Berbagai-bagai tohmahan dan propaganda jijik dilemparkan supaya ulama-ulama begini dikuburkan… Allah menonjolkan ulama untuk kita mengambil manafaat dari mereka supaya terselamat di dunia dan akhirat. Tetapi malang, pemberian Allah swt itu kita sia-siakan. Malah kita berpakat menghancurkan mereka. Hinanya kita di sisi Allah swt.… Cuba kita imbas kembali, kebangkitan Islam di Malaysia yang bermula di akhir tahun-tahun 1970an?. Siapakah yang membawa arus Islam ketika itu? Memang kita tidak nafikan jemaah Al arqam dan jemaah Tabligh juga memainkan peranan tetapi terus terang dan berani kita nyatakan bahawa ulama ulama PAS dan kader-kader merekalah yang paling lantang membawa kesedaran Islam di era tersebut. Ketika itu, masjid-masjid dan surau-surau dimakmurkan dengan ilmu Islam di seluruh pelusuk tanah air…. Natijahnya, kita melihat berduyung-duyunglah muslimat2 yg sebelum ini, berkepala bogel, memakai skirt dan sebagainya sudah mula belajar menutup aurat, berhijab, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Begitulah pula dengan pemuda-pemuda, mula berjinak-jinak dengan sunnah nabi saw serta berakhlak yang lebih mulia dan tawadhu’. Apakah ini tidak kita perhatikan??? Bolehkah kita nafikan peranan ulama-ulama tersebut? Oleh kerana kebangkitan Islam di Malaysia seiring dengan kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia, maka PAS tidak dikecualikan dari tohmohan-tohmohan yang menjijikan seperti agen yahudi, pelampau, ekstremis dan berbagai gelaran hodoh yang lain mengikut nada acuan negara-negara barat yang memang memusuhi Islam. Setiap hari benak kita disemai dengan sikap benci kepada ulama-ulama tersebut. Musuh-musuh Islam tidak pernah tidur untuk menyusun strategi dan menyusun propaganda demi propaganda menghacurkan pengaruh ulama-ulama yang gagah ini. Dalam masa yang sama pula, mereka suburkan kemungkaran dan berselindung di belakang ulama-ulama jahat. Marilah kita renung sejenak dengan keluhuran hati yang ikhlas, ke manakah jenarasi kita akan dihanyutkan seandainya ulama-ulama yang berani dikuburkan? Apakah yang akan berlaku kepada anak cucu kita apabila yang haq dibenamkan sementara yang batil ditonjolkan? Mungkin ketika itu, mereka akan beriktiqad politik suku agama suku dan hukum-hakam Islam hanya untuk individu, masjid akan menjadi tempat orang-orang selepas pencen sahaja, agama hanyalah candu masyarakat yang memabukkan dan gila ! Ketika itu gejala sosial dan rosak akhlak telah tidak terubat lagi... Di saat itulah mungkin terdetik di dalam hati kita alangkah baik sekiranya muncul seorang ulama yang berani untuk menyuarakan kepincangan ini…. Tetapi malang, seandainya mereka muncul lagi, kita akan berusaha lagi dan menyusun strategi lagi untuk ‘membunuh’ lagi ulama tersebut…
Cucu Bavoo
Diterbitkan oleh : |