SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MANIFESTO BAOleh : kabusputih Untuk makluman, “MAHKAMAH PERLEMBAGAAN” adalah diperlukan bukan untuk mengatasi perlembagaan itu sendiri. Ia difikirkan sangat perlu bagi memastikan kesemua peruntukan di dalam perlembagaan negara dihormati dan dipatuhi oleh kesemua pihak, termasuk pihak kerajaan. Buat masa ini tidak ada badan yang dapat menentukan penghormatan dan pematuhan ini berlaku. Parlimen itu sendiri tidak dapat menentukan kerana ia hanya pembuat undang-undang. Sistem kehakiman yang ada terlalu sebok dengan kes jenayah dan sivil hingga tidak memberikan perhatian dan keutaamaan kepada kes-kes yang bersangkutan dengan pematuhan perlembagaan. Sebagai contoh, ambil kebebasan kehakiman. Perlembagaan memperuntukan bahawa sistem kehakiman hendaklah bebas daripada pihak eksekutif dan pihak perundangan. Lihat apa yang telah berlaku sekarang ini apabila peruntukan perlembagaan ini telah dibobroki oleh pihak Eksekutif. Adakah ia diberi perhatian dan keutamaan? Seperkara lagi, BN menuduh potongan cukai dan tol yang dicadangkan oleh BA akan hanya menyebabkan defisit belanjawan yang lebih besar. Lupalah mereka bahawa sesuatu lebihan atau defisit itu ialah pendapatan tolak perbelanjaan. Jika perbelanjaan dapat dikurangkan dengan pembanterasan rasuah dan kronisma dan pengurangan kos dan kerugian melalui pengurusan ekonomi yang effisyen, niscaya defisit belanjawan dapat dikurangkan ke tahap yang negara lebih mampu walaupun pendapatan berkurangan kerana potongan-potongan cukai dan tol yang dicadangkan. Ini telah dapat dibuktikan oleh Kerajaan PAS Terengganu. Potongan-potongan cukai dan tol itu juga berupaya memberikan lebih kuasabeli kepada rakyat. Dengan itu, mereka mampu berbelanja dan berikutnya, tahap penggunaan di negara ini akan bertambah tinggi. Dengan tahap penggunaan yang tinggi, pengeluaran perlu ditambah. Seterusnya, pelaburan akan bertambah. Berikutan penggunaan, pengeluaran dan pelaburan yang bertambah, penjualan dan gunatenaga akan bertambah juga. Dengan demikian, cukai dan pendapatan negara akan bertambah. Akhirnya, defisit belanjawan dapat dikurangkan. Malah, defisit itu boleh bertukar menjadi lebihan. Hanya orang yang tidak faham ekonomi saja yang memperbodoh-bodohkan cadangan-cadangan tersebut. PERHATIKAN NANTI, MEREKALAH YANG AKAN MENIRU CADANGAN-CADANGAN BA DAN MEMANGGILNYA USAHA MEREKA SEBAGAIMANA YANG TELAH DILAKUKAN KE ATAS BELANJAWAN BAYANGAN BA DULU. TETAPI MAMPUKAH MEREKA DENGAN BUDAYA RASUAH DAN KRONISMA SERTA BERPOYA-POYA YANG MEREKA AMALKAN SEKARANG INI????? NEGARA ISLAM kurang disentuh di dalam Manifesto itu kerana ia adalah manifesto BA, bukan Manifesto PAS. Kesediaan PAS untuk tidak mendesak adalah satu pentunjuk bahawa PAS tidaklah terlalu extreme sepertimana yang mahu digambarkan oleh UMNO/BN. Mereka sanggup memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang terdesak seperti rasuah, pembaziran, keadilan dan sebagainya yang tidak bertentangan dengan Islam dan hasrat mereka untuk menubuhkan Negara Islam. Tambahan lagi, parti itu telah pun mengeluarkan DOKUMEN NEGARA ISLAM mereka sendiri untuk diteliti oleh rakyat.___________________________ Terbitan : 17 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |