Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hikmah disebalik kekalahan PAS di TGG

Saya begitu kecewa dengan kekalahan PAS di TGG, saya mengundi di DUN WAKAF Mempelam. Dalam perjalanan saya ke KT di hari pengundian, saya sungguh terkejut melihat pondok BN semuanya dipenuhi dgn orang ramai sedangkan pondok PAS lengang sekali. Hati saya mula risau. Bila tiba keputusan diumumkan, seluruh keluarga saya tidak percaya. Walaubagaimana pun kita tak boleh buat apa-apa. Kumpullah bukit sebesar mana pun, SPR akan buat tak tahu aja. Itulah hakikatnya

Kekalahan PAS di TGG sudah saya agak sejak 2-3 tahun dulu lagi. Beberapa saudara saya yang sokong BN yg bekerja dengan kerajaan TGG telah memberi tahu saya bahawa "Hj Hadi di dampingi oleh pemuka-pemuka BN yg sangat manis, didepan Tok Guru pijak semut pun tak mati tetapi bila kat belakang , dia kutuk Tok Guru habis-habisan". Tambahnya lagi " Orang PAS mana reti Lobi !, kita lobi Tok Guru sampai boleh pergi mengail sama-sama, Lepas tu kita tikam dia ikut belakang". Sambil dia gelak berdekeh-dekeh

Sebab tu Dato Seri T.G Hj. Abd. Hadi yakin TGG akan kekal milik PAS sebab ramai pemuka2 barua ni "mengipas" Tok Guru dan orang2 kuat PAS. Sebab tu kita lihat jentera PAS tidak sehebat pilihanraya spt dulu. Kalau dulu rumah ayah saya sentiasa di minta oleh jentera parti untuk menubuhkan markas PAS, tetapi kali ini semua lesu.

Jadi dgn kekalahan ini kita boleh lihat siapa sebenarnya penyokong PAS yg Setia, kalau dulu kita susah nak nampak, tetapi dgn kekalahan ini diharap pihak pimpinan PAS mengenali mereka ini, samada ada ikang hijau ke ikang biru ! Janganlah menaruh kepercayaan kepada mereka ini lagi. Ambilah iktibar ! ITULAH HIKAMH KEKALAHAN INI.

Dulu pernah kawe bagitahu kat demo(mustapa ali & pimpinan PAS) orang2 tersebut adalah "barua-barua" UMNO tapi demo kata kawe niat jahat. Sekarang demo tengok sendirilah betul ke tidak kata2 kawe tu.

Kepada penyokong PAS, Jangan kecewa, kita terus mara mengempur lawan.
ISLAM PASTI MENANG !!!INSYALLAH





___________________________
Terbitan : 26 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)