SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun ANALISIS PILIHANRAYA 2004Banyak pihak yang terkejut dengan keputusan pilihanraya kali ini.Dan rasanya yang paling terkejut adalah pihak Pas, yang kalah besar dalam pilihanraya 2004.Memang nasib kurang menyebelahi Pas kali ini.Banyak kerusi yang dulunya dimenangi kini hilang, diambil kembali oleh BN.Terengganu terlepas dari cengkaman Pas.Di Kelantan,Pas gagal mengekalkan majoroti dua pertiga,namun masih boleh membentuk kerajaan. Apakah puncanya kegagalan Pas kali ini? Apakah yang patut kita lakukan untuk menghadapi masa depan yang kurang pasti ini? Inilah beberapa persoalan yang sedang berligar di kepala sewaktu penulis mencatat di sini. Dahulu,sewaktu kelahiran Puteri Umno,penulis ada mencadangkan (mungkin ada dalam arkib Marhaen atau Tranungkite) supaya satu tindakan yang berhati-hati diambil terhadap sayap Umno yang baru ini.Sayap Umno ini kini menampakkan bisanya.Kemungkinan sebahagian sebab perpindahan pengundi dari Pas ke Umno/BN adalah datangnya dari faktor ini.Puteri Umno nampaknya berjaya menawan sebahagian wanita muda untuk mengundi BN di mana-mana sahaja.Kekurangan kegiatan Pas/BA dalam aktiviti ceramah dan usrah kebelakangan ini menyebabkan gadis-gadis muda yang baru keluar dari universiti dan pusat pengajian tinggi menyertai Umno.Mereka tidak terpanggil oleh dakwah Pas dan Keadilan.Mungkin juga sekatan dari kerajaan menyebabkan kurangnya kegiatan ceramah dan usrah,sehingga daya tarikan Puteri Umno berjaya menawan sebahagian anak-anak gadis ini.Kalaulah benar dakwaan bahawa kemenangan BN di sebahagian kawasan di Kelantan disebabkan oleh undi dari kaum Hawa, maka benarlah faktor yang disebabkan oleh Puteri Umno ini.Arus materialisme yang agak kuat kebelakangan ini juga menyebabkan Pas kurang daya tariknya,dan anak-anak muda yang kurang kefahaman terhadap Islam meninggalkan perjuangan Islam dan menyertai Umno seterusnya mengundi Umno/BN. Itulah satu dari beberapa sebab yang memungkinkan kekalahan Pas/BA.Satu program perlu disusun dari sekarang bagaimana hendak menawan anak-anak muda ini dan memberikan kefahaman Islam yang mendalam dan meyakinkan mereka kenapa kita mesti berjuang dalam sebuah organisasi Islam.Merekalah penentu masa depan,kerana kita yang ada sekarang akan menjadi tua dan seterusnya meletakkan pena atau pedang atau keletihan lalu berhenti berjuang. Kita harus menawan hati mereka sebelum hati mereka keras menjadi batu dengan dosa dan maksiat yang bertaburan di segenap pelosok negara. Sebahagian anak-anak muda tersebut membawa lambang BN ketika pilihanraya baru-baru ini, dengan dibayar RM 50 sehari atau lebih.Bila kita tanya mereka tentang PAS atau BA,mereka ajukan semula soalan; apakah yang Pas boleh beri kepada kami? Inilah mentaliti meraka sekarang ini. Sesuatu harus dibuat untuk membetulkan keadaan. Sebelum pilihanraya 1999,kegiatan ceramah,usrah tamrin dan sebagainya agak memberangsangkan, ditambah lagi isu bekas TPM yang bermata lebam itu.Kini isu itu sudah kurang bisanya. Kita harus memikirkan alternatif lain untuk menguasai keadaan pada 2009. .........bersambung,insyallah. alkundangi,23.3.2004 ___________________________ Terbitan : 25 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |