SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mengapa Saya Pilih..........Oleh : Mama Mia Rakyat harus bersyukur kerana sejak Malaysia mencapai Kemerdekaan negara ini telah mengecapi kemakmuran kecuali pada 13 May 69. Perdana Menteri- Perdana Menteri yang dahulu telah banyak berjasa kepada rakyat dan membawa kemajuan kepada negara ini. Tun Abdul Razak, hidup seperti rakyat biasa. Beliau tidak kaya, hanya mempunyai dua buah rumah sederhana. Hari ini beliau masih disanjungi tinggi. Tidak ada perkara yang membencikan rakyat, berlaku dalam sejarah hidup beliau. Tetapi hari ini berbeza banyak. 1. Rasuah menjadi-menjadi dan berlaku tegak-tegak tanpa segan silu dan yang menghairankan "perasuah" ini mendapat restu dan perlindungan dari pihak kerajaan. Yang pelik mereka dicalonkan lagi bertanding dalam GE-11 dan ada kemungkinan mereka akan menang sebab penyokong mereka amat fanatik. Soalannya, apakah pandangan rakyat di negara-negara jiran? Tak seganke jika Malaysia diwakili menteri rasuah. Rakyat negara-negara jiran tahu siapa menteri-menteri tersebut sebab berita rasuah mereka tersiar di media massa negara-negara berkenaan, malahan di seluruh dunia. 2. Perdana Menteri Abdullah telah berkata, "we will not bribe and will not be bribed" tetapi BN masih lagi melakukan kesinambungan tradisi mereka menggunakan sumber-sumber negara sebagai hak peribadi. (Kita harus tahu kerajaan bukanlah parti politik dan parti politik bukanlah kerajaan-(rakyat bayar cukai untuk kerajaan bukan untuk BN) Rakyat yang bayar cukai itu mesti dapat layanan yang sama. Kalau kerajaan kata rakyat Kelantan akan mendapat sebuah universiti jika BN menang, itu adalah rasuah. (Implikasinya juga bermakna rakyat yang mengundi pembangkang tak payah bayar cukai. Tentu tidak rasional) 3. Sepatutnya Kerajaan di bawah pimpinan AAB menyanjung tinggi sumbangan yang diberi oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar untuk menghapuskan rasuah tetapi beliau masih dipenjarakan lagi sebab "Most Malaysian know that his only fault was to stand up against cronyism and corrupution" tetapi ia telah menyebabkan "bosnya" marah. 4. Kerajaan tidak harus mengancam mana-mana pihak jika berlaku sesuatu masalah. Mereka harus pandai menarik rambut dalam tepung. Sebaliknya Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan gengnya mengancam hendak bakar hingga hangus bangunan Selangor Chinese Assembly Hall pada tahun 2000. (beliau jadi calon lagi) 5. Banyak lagi perkara yang harus diperbaiki - seperti masalah PDM dan Kehakiman 6. Akhir sekali, harap rakyat Malaysia faham mengundi agar Malaysia menjadi negara yang dicintai oleh semua rakyat, tidak kira apa fahaman politik mereka.___________________________ Terbitan : 17 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |