SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Calon DUN Penanti Permatang Pauh Cuba Disogok, Imam Duit Terus Tabur DuitOleh : Mat Sepai Calon DUN Penanti, Parlimen Permatang Pauh Sdr. Anwar bin Shaari yang mewakili keADILan pula cuba disogok supaya menarik diri daripada bertanding. Anwar yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika berceramah di Markas PAS Kubang Semang di sini petang tadi. Menurutnya, beliau telah didatangi oleh seorang rakan lamanya, sdr Halim Hamid yang mendakwa mewakili Datuk Jalil calon Umno di situ. Tawarannya lumayan, mintalah berapa sahaja asalkan menarik diri daripada bertanding. Namun menurut Anwar, beliau telah memohon supaya Datuk Jalil pula yang menarik diri. Dalam ceramah itu juga yang turut disertai Mohamad Sabu, telah melahirkan kekesalannya kepada Ustad Pirdaus kerana sanggup menentang seorang wanita yang suaminya teraniaya dan terpenjara. Beliau menyifatkan Pirdaus sebagai Imam bacul, hipokrit dan pengkhianat agama kerana sanggup bersekongkol dengan kezaliman Umno. Calon seperti ini perlu ditolak oleh para pengundi Permatang Pauh. Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber, Ustad Pirdaus yang popular dengan gelaran Imam Duit terus “menabur duit” untuk memancing undi. Diberitakan selepas sembahyang jenayah ibu saudaranya yang meninggal pagi tadi, wakilnya telah menghulurkan RM50.00 kepada individu – individu terpilih yang menyertai sembahyang jenazah, selain daripada RM4.00 sebagai upah sembahyang jenazah.___________________________ Terbitan : 17 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |