Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Maklumat pilihan raya di Terengganu (1)

Seperti yang disebut sebelum ini, keputusan pilihan raya di Terengganu dan Kelantan cukup mengujutkan dan diluar jangkaan sama sekali. Andaian awal daripada bilik gerakan negeri Pas hanya akan kalah sekitar 10 kerusi sahaja. Risikan awal daripada pihak musuh BN pun membuat ramalan sekitar 17 kerusi DUN sahaja yang mampu ditawan.

Andaian BN mula berubah di saat-saat akhir apabila Pak Lah mengistiharkan akan membuatkan kejutan besar di Terengganu. Pengistihar Pak Lah sedikit pun tidak memberikan kesan ke atas Pas penyokongnya.

Kenyataan yang meragukan sebelum hari pengundian

Kempen-kempen BN pada saat akhir yakni 3-4 hari sebelum pilihan raya telah menunjukkan tanda-tanda keraguan mula terasa. Pak Rosli (Calon Parlimen Dungun BN yang melawan Dato' Mustafa Ali PAS) telah menyebut pada waris terdekatnya (nama dan hubungan waris dirashiakan) bahawa MB Terengganu akan kalah di Parlimen dan UMNO akan memerintah semula. Kenyataan ini disebut diberhampiran Markaz besar 2 hari sebelum pilihan raya (19 Mac 2004).

Ustaz Kamal (Calon BN Dun Sura) telah memberikan amaran kepada dua orang Ustaz Pas yang menjadi Iman Masjid Intan Zaharah. Antara lain dia menyebut dia akan tukar kedua-dua orang iman ini selepas aje pilihan raya. Kenyataan ini dibuat di pasar Dungun pada 20 Mac 2004 dengan bersaksikan 3 orang lama pasar dan seorang pengujung yang kebetulan ada bersama di situ. Dun Sura adalah antara kubu kuat Pas kerana di situ Pas mula bertapak di Terengganu. Calon Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli adalah calon yang digeruni oleh semua pemimpin UMNO kerana dia boleh hadir mana-mana kenduri atau kematian ahli-ahli UMNO.

Ya (Calon BN Dun Paka) dalam satu kenyataannya di ceramah kelompok menyebut dengan yakin sekali BN akan sapu bersih semua kerusi di Terengganu dan menyebut akan membawa perubahan kepada rakyat. Kenyataan ini dibuat dihadapan 15 orang pengundi dun Paka pada 19 Mac 2004.

Zaaba (Calon BN Dun Rantau Abang) dalam cakap-cakap dengan rakan-rakan terdekat pada 20 Mac 2004 telah menyebut BN akan menguasa Terengganu dengan menyapu bersih semua kerusi di Terengganu. "Ini adalah kerja orang atasan" sambil memberi insyarat Pak Lah dan Najib.

Din Adam (Calon BN Bukit Besi) telah menghubungi salah seorang pekerja kuat PAS di Bukit Besi meminta dia masuk UMNO semula dengan menjanjikan wang dan kedududukan dalam pasti UMNO. Din Adam ada juga menyebut dia akan memegang EXCO Kerajaan Negeri apabila BN ambil alih Kerajaan.

Berfikir Semula

Kenyataan-kenyataan ini, sebelum ini tidaklah memberikan apa-apa makna kepada penyokong Pas tetapi selepas aje keputusan pilihan raya barulah mereka ini sedar dan membuat kesimpulan sebenarnya pihak BN telah pun membuat perancangan rapi untuk menipu dalam pilihan raya ini bagi memastikan BN memerintah semula di Terengganu.

Oleh itu nampak sangat mereka ini begitu berkeyakinan bahawa mereka akan tawan semula Terengganu.

Berbeza dengan orang bawahan yang tak tahu apa-apa, mereka tidak yakin akan kemenangan kerana wujud perpecahan yang nyata dalam UMNO. Jentera parti BN bawahan tidaklah berkeyakinan seperti ini, tidak hairanlah seorang cikgu (UMNO yang bertanggungjawab menjaga peralatan BN Dungun) secara berseleroh berkata tahun ini tak boleh lagi, akan datang Insya-Allah katanya kepada salah seorang pekerja parti Pas. Kebetulan Bangunan Pas berhampiran stor peralatan BN.

Rakyat Tak Puas Hati

Pengumuman awal daripada media massa menyebut Terengganu dan Kelantan jatuh kepada BN dan MB Terengganu kalah di Parlimen dan DUN membuatkan penyokong PAS rasa gelisah dan timbullah suasana yang tidak tenteram. Sebahagian penyokong terus menjadi lesu dan balik kerumah atau markaz kerana kecewa tetapi ada sebahagian yang tak puas hati merasakan ada unsur yang tak boleh dipercayai.

Bila pengiraan undi dibuat semula, PAS memang dengan jumlah undi yang berbeza. Menang dengan undi yang besar menyebabkan ada sebahagian membuat andaian ada unsur penipuan dalam pilihan raya ini. Manakala di Kelantan pula kiraan demi kiraan dibuat sehingga pagi masih belum ada keputusan tetapi desas desus menyebut PAS boleh memerintah di Kelantan.

Terima Kekalahan

Pada keesokkan hari, bilik gerakan Negeri telah mengarahkan buku semakan pengundi disemak semula. Ada sebahagian daripada buku telah menampakkan banyak kepincangan. Ada 41,000 pengundi yang tak dikenali dikesan. Ada diantaranya yang mengundi 2-5 tempat.

Sebelah petang Tuan Guru Hj Abdul Hadi membuat pertemuan dengan calon-calon Pas dan wakil serta s/u calon. antara isi taklimat itu ialah ;

i. Pas mesti menerima hakikat rakyat Terengganu telah menolak PAS.

ii. Apa usaha yang dibuat selama 5 tahun pemerintahan tidak dihargai oleh rakyat.

iii. Pas mesti kembali seperti perjuangan asal, utamakan proses tarbiyyah.

iv. Walaupun ada partisyen pilihan raya akan dibuat kerana pengundi hantu, tetapi tahulah dalam sistem perundangan yang ada ini mungkin tidak akan memberi ruang kepada kita untuk mendapatkan hak.

v. Mesti membuat penjelasan kepada gerak kerja parti sekarang ini kerana mereka semua memerlukan sokongan daripada pemimpin.

Kekecohan dan penyembaran SMS

Satu pertemuan Gerekakerja parti di peringkat Dungun telah dibuat pada 9.00 malam di Surau Kubur. Kehadiran macam ceramah walaupun tidak ada seorang pun pimpinan tertinggi Pas yang hadir. Suasana pertemuaan ini mmeberikan rasa dan semangat yang baru kepada ahli gerak kerja parti.

Dalam sussana ini ada segelintir golongan penyokong Pas telah bertundak diluar daripada arahan kepimpinan. Oleh kerana hubungan dengan kepimpinan sama ada peringkat rendah atau tertinggi agar sukar maka tindakan seperti penahan bas pengundi hantu berlaku. Ini di tambah pula dengan SMS yang bermacam-macam bentuk tersebar.

Peristiwa yang berlaku pada malam 22 Mac 2004

Di Kemaman (laluan akhir perjalanan sebelum masuk ke Pahang) telah berlaku penahan bas oleh penyokong Pas. Ini menyebabkan ada sebahagian penyokong Pas ditahan oleh pijak polis. FRU telah bergeas dan berkawal sepanjang jalan di kemaman.

Di Bukit Besi Dungun, beberapa buat bas ditahan dan polis juga menahan beberapa orang peyokong Pas.

Di Wakaf tapai Kuala Terengganu, penyokong Pas telah mengempung IKBM (Institut Kemahiran Belia Negara) yang dikatakan telah disimpan pengundi hantu di situ. FRU datang dan membuat road block. Ada tangkapan juga di sana.

Oleh kerana ada SMS mengatakan ada pengundi hantu di Stadium Sultan Ismail, tak sampai setengah jam beribu-ribu orang telah mula mebanjiri jalan raya ke stadium meyebab polis dan FRU tak berhenti lelah mengejar penyokong PAS. Dalam TV kata ada 300 orang... TIPU LAGI!!!

Banyak lagi tempat-tempat lain berlaku kepongan kepada bas yang membawa pulang pengundi hantu. Suasana ini bertambah genting apabila Sultan Mizan menanguhkan perlantikan MB baru pada hari Khamis sehingga selesi masalah 41,000 pengundi yang tak tahu indentiti.

23 Mac 2004

Pada sebelah pagi sahaja sepanjang jalan antara kemaman ke Besut ada lebih daripada 100 roadblok dibuat. hingga nak pergi kerja pun susah. Mana-mana kenderaan yang ada lambang pas akan ditahan untuk soal siasat. Ini berlaku kerana ada SMS meminta untuk membuat perhimpunan aman di Istana Sultan.

Sebelah pagi PAS telah mendapat Permit Polis untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Ismail. Tuan Guru Hj Abdukl Hadi dijangkankan akan berucap untuk mententeramkan rakyat.

Tengah hari Permit telah ditarik balik atas arahan Ketua Polis Negara. Perhimpunan dibuat di Rusila.

Sambung... sila lihat laman ada live ucapan malam ini

Cucu Bavoo
mailto:[email protected]
Webmaster V4,
Tranung Kite

Maaf tulisan tanpa edit dan spotan dalam suasana deman kejutan selepas pilihan raya



___________________________
Terbitan : 23 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)