Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Maklumat pilihan raya di Terengganu (2)

23 Mac 2004 9.00 malam

Ceramah penjelasan isu pengundi hantu di kenali sebagai "Amanat Presiden Pas" yang pada mula diberi kebenaran oleh Ketua Polis Negeri Terengganu untuk dibuat di stadium Negeri yang akhirnya telah dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara telah di adakan di Rusila.

Makluman ceramah ini hanya melalui telefon dan SMS sahaja. Tiada poster atau kain rentang dibuat. Beberapa tempat membuat siaran langsung melalui skrin layar. Di Taman Melewar 2 skrin di gunakan. Di Dungun pun dipancarkan secara 'live' dan tidak lebih 2000 orang hadir.

Sepanjang 5 tahun kebelakangan ini, Inilah perhimpunan yang paling besar tidak kurang daripada 200,000 pengunjung yang hadir. Kesesakkan lalu lintas menyebabkan hanya satu laluan sahaja yang boleh melalui sepanjang jalan ke Rusila.

Kerjasama polis untuk mengawal lalu lintas dan kesabaran rakyat yang ingin mendengar amanat Tuan Guru membantu perjalanan majlis malam itu.

Dengan berkat arahan pemimpinan Pas dan kebijaksanaan Ketua Polis Terengganu yang baru membenarkan ceramah pada malam tersebut, semua SMS dan khabar-khabar angin terhenti. Tiada lagi SMS dan mesej propanganda untuk mengeruhkan suasana di Terengganu.

24 Mac 2004

VCD Amanat Presiden Pas atau ada yang tulis tajuk "Kerajaan Hantu" laris dipasaran.

Bilik Gerakan Negeri dan kawasan sibuk mengumpul buku-buku pengundi disetiap saluran daripada 'polling egent'. Kerja-kerja mengesan pengundi hantu dibuat dengan profesional, tidak lagi mengejar bas-bas yang membawa pengundi seperti sebelum ini.

Semua pengundi yang keluar mengundi dikesan sama ada mereka ini mengundi dibeberapa tempat. Pengesanan pengundi yang telah mati, tiada di tempat sepatutnya juga dibuat.

Statistik pengundi luar negeri yang menggunakan kad pengenalan selain drp kod 11 dan 46 dikesan.

Pengumpulan maklumat salah laku semasa pilihan raya oleh pihak pemantau parti telah diambil. Rakaman video dan kamera semuanya dikumpul untuk mendapakan satu pengesahan yang baik.

25 Mac 2004

Berita mengenai kebiadapan peyokong-peyokong UMNO telah tersebar luar antaranya;

i. Ada sesetengah balai JSR telah dipecahkan. Ini banyak berlaku di kawasan pendalaman. Cara pengikut UMNO tidak sama dengan apa yang dibuat oleh pihak Pas semasa mengambil alih kerajaan dahulu. Pihak Pas cuba untuk mendapatkan kunci, jika tidak diberi oleh Ketua JKKK barulah kunci di potong, tidak seperti ta'asud UMNO yang tanpa apa-apa, terus memecah dan merosakkan balai JSR. Kebiadapan ini adalah sifat sebenar kerakusan kepimpinan UMNO Terengganu yang di ketuai Hantu Deris Jusoh.

ii. Iman dan bilai Pas yang dilantik telah dihalang daripada menjalankan tugas. Ada sesetengan Iman dan bilai dihalang untuk ke Masjid. Kata-kata nista seperti "Mung baliklah ke Masjid mung dulu tu, masjid ini jadi haram dohh!!". Di Masjid Intan Zaharah Dungun, Terengganu, bekas AJK Masjid yang digugur sebelum ini telah meronda masjid siang dan malam. Kadang-kadang dia ronda dengan motosikal dan sekejap tukar kereta wiranya. (Gambar dia saya dah ambil, tapi saya tak akan siarkan lagi. Dia pun perasaan saya ambil gambar dia).

iii. Pemecatan Hakim Syariah oleh Hantu Deris Jusoh sebelum dia mengangkat sumpah lagi. Inilah politik tak membalas dendam yang katakan oleh Hantu Deris Jusoh. Cakap lain buat lain. (Saya cukup kenal dengan Hantu Deris Jusoh sebab adik ipar dia ada di Dungun)

iv. Ahli Masjis Mesyuarat daerah dan pekerja majls daerah telah menunjukkan sikap keangkuhan. Sebelum ini taat setia tapi sekarang berbalik seperti dahulu. Malas dan banyak cakap daripada buat kerja. Yang menjadi perbualan tak sampai seminggu kerajaan Pas jatuh mereka telah menunjukkan belang.

v. Hantu Deris jusoh telah memecat semua kakaitangan di pejabat Menteri Besar, hanya tinggal kerani sahaja. Peralatan dan kapet pejabat Menteri Besar telah ditukar baru. Komputer pun dialihkan. Bilik Solat yang ada sebelum ini telah ditiadakan. Ada 'cakap-cakap pasar' mengatakan "Hantu manalah tahu sembahyang".

vi. Calon UMNO yang memang sedang berebut untuk menjadi pengarah. TDM adalah menjadi sasaran utama kerana disitu dianggap lombong emas, setelah kerajaan Pas berjaya menjadikan antara syarikat yang berdaya maju.

26 Mac 2004

Beribu-ribu orang ke Rusila untuk mendengar kuliah Jumaat mingguan oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Kedatangan adalah terlalu ramai melebihi kedatangan pada minggu-minggu sebelum ini. Mereka semua hampa kerana Tuan Guru berada di Kuala Lumpur untuk urusan parti.

Kuliah Jumaat ini disiar secara live di Dungun. Kedatangan juga diluar dugaan. Kebiasaannya sekitar 200 orang tetapi kali ini lebih 1,500 orang yang hadir. Surau Tuan Guru Zainal Abidin penuh sesak.

Malam harinya ada ceramah secara live daripada Taman Melewar. Ceramah oleh Ustaz Solehen, YB Salahuddin, Dato Hassan Ali dan Dr Syed Husin mendapat sambutan yang mengalakkan. Sekali lagi Surau Tuan Guru Zainal Abidin penuh sesak. Lebih 2000 orang telah hadir.

Ada seorang kawan, dia orang kuat Cawangan Telok Lipat. Dia datang kepada saya sambil berkata masa ini nak menyatukan semula Pas. Semua ahli telah kembali dan atas semangat kekalahan ini telah menguatkan Pas untuk bersatu padu.

Pada malam ini juga saya berjumpa dengan rakan sekolah saya dahulu. Hampir 20 tahun tak berjumpa. Kami minum sehingga kedai tutup.

27 Mac 2004

Saya ke Pejabat Pas Kawasan Dungun, suasana telah menjadi suram. Boleh dikatakan semua pejabat Pas telah suram, sehari dua ini, selepas pilihan raya. Hanya tinggal beberapa orang manusia kental yang sedang mengatur strategik untuk bangkit semula.

Tengahari saya menerima panggilan daripada Pas Cawangan Alor Tembesu untuk jamuan. Pas Cawangan tersebut telah mengorbankan seekor kerbau untuk menjamu pertugas-pertugasnya. Jamuan tetap jamuan, kalah memang semuanya ketentuan Tuhan. Terima kasih Pak Anu (Ketua Cawangan yang pernah saya bertengkar dengannya dalam satu mesyuarat) saya tak ada nafsu untuk makan.

sambung lagi!

Cucu Bavoo
mailto:[email protected]
Webmaster V4,
Tranung Kite





___________________________
Terbitan : 28 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)