
TEFDEC Penggerak produktiviti Makanan Halal
PATTANI: Tanggungjawab memastikan sumber makanan halal dan berkualiti bukan sahaja untuk dinikmati oleh semua pengguna di negeri Terenggau malah di seluruh Malaysia, kata Pengarah Eksekutif Perbadanan Pembangunan Makanan Terengganu Sendirian Berhad (TEFDEC), Dr.Idros Abdul Hamid. Tegasnya, visi utama TEFDEC sebenarnya bukan setakat itu malah akan terus menerokai ke seluruh Asia seterusnya di negara-negara membangun dan Islam lain di seluruh dunia.
Bercakap dalam pertemuan dengannya di sini semasa menghadiri seminar Pettani sebagai wilayah pusat strategik pengeluaran makanan halal, beliau menyatakan bahawa TEFDEC memikul tanggungjawab kearah mencapai cita cita tersebut.
Dalam suasana isu makanan halal yang masih menjadi kontrovosi, di antaranya ialah menggerakan semua agensi kerajaan secara tersusun, mewujudkan satu suasana menarik kepada pelabur untuk datang ke negeri ini di samping memastikan pengstrukturan semula bidang pertanian menjadi suatu industri di mana wawasan untuk muncul bersaing diperingkat global. Menggerakkan
pengusaha atau pemaju yang bertanggung jawab mengeluarkan makanan halal, menagggani isu isu pemakanan halal, penyelidikan, pemasaran di samping berusaha menembusi pasaran antarabangsa.
TEFDEC juga akan meninjau peluang dari pengalaman negara jiran yang berjaya di bidang berkenaan seperti diwilayah Pattani sendiri.Segala kemudahan teknologi moden seperti bioteknologi serta teknologi makanan akan digunakan sepenuhnya supaya pelabur mendapat pulangan hasil yang lumayan.
Tambah beliau lagi di dalam suasana negara Islam banyak bergantung kepada negara kuasa besar, pengwujudan pusat makanan halal di rantau Asia amat diperlukan seperti mana yang telah wujud dinegara Afrika. Perkongsian maklumat juga amat penting bagi merapatkan jurang antara pengusaha semua negara termasuk negara yang telah maju seperti Thailand.Kerjasama antara pusat pengajian tinggi seperti Universiti Chulalongkon yang telah mengadakan suatu makmal mengkaji proses pengeluaran makanan halal dengan pusat pengajian tempatan seperti KUSZA boleh diwujudkan untuk tujuan yang sama ujar beliau.
___________________________
Terbitan : 16 Mac 2004
Ke atas
Home