Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

MENJANA KEMENANGAN YANG ABADI

Press Statement: Malaysian Islamic Society of North
America (MISNA)
Established in 1990

Khas-Pilihan Raya Umum ke-11
March 8, 2004

MENJANA KEMENANGAN YANG ABADI

Pesanan Dan Rayuan.

Pengenalan: Malaysian Islamic Society of North America ringkas nya MISNA adalah pertubuhan yang terdiri para pelajar dan masyarakat malaysia yang kini belajar, bekerja dan menetap di Amerika Utara.

Bersempena dengan pilihan yang ke 11 ini pihak MISNA ingin melahirkan SOKONGAN PADU kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) dan rakan rakan didalam BA yang terlibat secara lansung didalam pilihan ke-11 yang akan berlangsung pada March 21, 2004

Kami melahirkan sokongan PADU kepada ibu bapa kami, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu untuk berdiri teguh dibelakang Tn. Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat dan Tn Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang untuk meneruskan agenda parti "Membangun Bersama Islam" setelah membaharui kemenangan nanti. Insyallah.

Kami melahirkan sokongan PADU kepada Datuk Dr. Haron Din (dan isteri) naib presiden PAS yang pernah ke Missouri USA untuk menghadiri program MISNA satu ketika dulu. Kami percaya dengan izin Allah beliau akan dapat memikul tanggungjawab dan menjalankan amanah sebaik mungkin untuk berbakti kepada rakyat Perlis setelah mencapai kemenangan nanti. Oleh itu kami menyeru rakyat Perlis memberi undi kepada beliau bagi membolehkan beliau hadir ke DUN dan PARLIMEN kali ini.

Kami melahirkan rasa terhutang budi kepada pimpinan PAS yang sangat mengambil berat semenjak awal penubuhanya. Mereka adalah Ust Haron Taib dan Tn. guru Hj. Abd. Hadi Awang.

Penceramah undangan yang kerap dan pernah ke program kami, antaranya ialah Ust. Idris Ahmad, Ustz. Tuan Ibrahim Tuan Man, Sdr. Salahudin Ayob, Ust. Nik Amar, Ustazah Jamilah Ibrahim, Ust Nasharudin Mat Isa, Ust Hassan Mahmood, YB Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk YB Mustafa Ali, Tn Guru Haji Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS.

Sokongan PADU kami berikan kepada bekas bekas pimpinan MISNA yang bertanding pada kali ini.

Seperti pilihanraya yang lalu parti PAS diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh dan cendiakiawan yang bersedia berkhidmat, seperti Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Ismail Kamus, Ust Azamudin, Dr. Aziz Hanafi, Bekas Mufti Datuk Hj. Ishak Baharom, Ust Ahmad Awang dan Haji Said salleh (bekas mufti sabah)

Kehadiran kalangan sasterawan dan bekas penyanyi seperti Saudara S. Othman Kelantan, Sasterwan negara Saudara A. Samad Said, Dinsman, Sdr Ito dan Sdr. A. Hayy Rawa

Kali ini PAS dianugerahkan dengan kehadiran bekas bekas pegawai tinggi kerajaan antaranya jeneral bersara Briged Jeneral (B) Dato' Zakaria Dahalan, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Sany, Brig Jeneral (B) Abd Ghani Mohliddi, Brig Jeneral (B) Dato’ Hidayat Sharif, Brig Jeneral (B) Dato’ Wan Abdul Majid, Komodor TLDM (B) Awaluddin Awang, Left Kol (B) Abdul Aziz Majid dan puluhan lagi pegawai kanan tentera yang telah dan bercadang menyertai PAS!!

"Penyertaan mereka ke dalam PAS pastinya menyuntik semangat ahli-ahli PAS dan BA untuk terus berjuang membebaskan negara dari kerakusan politik dan penyelewengan pentadbiran BN"

Kami sesungguhnya amat gembira dan mengalu galukan kehadiran tokoh tokoh ini.

kami percaya kehadiran ke semua mereka dipentas politik bukan untuk berseronok dan mencari sedikit kekayaan dunia tetapi diatas rasa tanggung jawab kesedaran dan keikhlasan demi untuk perpaduan ummah dan menegakan Agama Allah sebagai satu cara hidup dibumi ini.

March 21, 2004 adalah bermulanya musim bunga di Amerika syarikat. Musim bunga adalah diantara musim yang menarik dengan pokok pokok yang mengeluarkan beraneka bunga. Musim ini juga membungakan harapan dan emosi baru kepada rakyat Amerika Utara selepas 'keperitan' musim sejuk yang melampau. Apa kah musim bunga nanti akan membungakan juga kemenangan kepada parti PAS setelah keperitan dibawah BN semenjak 40 tahun lalu?Kemenangan lebih menarik dari kemenangan pada pilihanraya ke-10 dulu?.

Insyallah musim bunga kali ini turut menyerikan kemenangan PAS/BA di Malaysia dengan tambahan kerusi di DUN dan Parlimen.

Akhirnya kepada seluruh rakyat Malaysia kami menyeru untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BA kearah masyarakat yang lebih realistik, cemerlang dan bertanggung jawab kepada penciptanya.

Kami yakin bahawa BA yang diterajui oleh PAS akan dapat memberikan kebahagian kepada rakyat Malaysia dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.

"Jangan Kamu Cenderung kepada Kezaliman, nescaya kamu akan dicampakan kedalam api neraka"

Selamat berjuang dari kami:
Presiden, Ajk dan ahli
MISNA
March 8, 2004





___________________________
Terbitan : 15 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)