Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Keputusan yang dirancang untuk menghina Islam

Tahniah kepada Pengerusi SPR kerana berjaya memenangkan parti Barisan Nasional dengan tipu muslihat yang paling ‘terror’ dalam sejarah sejak merdeka. Kejayaan ini adalah satu tragedi bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap tolak ansur yang bolehlah dikatakan rakyat ‘terbaik’ dalam dunia ini.

Adalah terlalu menjengkelkan dan menjijikkan apabila Pengerusi SPR berdolak dalik ketika menjawab pertanyaan pemberita yang disiarkan di TV Malaysia. Beribu-ribu alasan yang direkanya, pada riak mukanya kita dapat melihat pembohongan yang nyata. Beliau telah megkambing hitamkan pegawai SPR diperingkat negeri, juga badan percetakan – dah pun dibuat lapuran polis.

Katanya dalam masa 10 hari lagi satu kertas lapuran akan disampaikan kepada Perdana Menteri, untuk menjelaskan masalah-masalah yang berlaku. Mustahil Abdullah tak tahu! Alasannya pun rakyat dah tahu – masalah teknikal kerana tidak mengikut arahan pusat. Apapun yang akan berlaku selepas ini tidak akan dapat memadamkan sejarah hitam SPR pada 21 Mac 2004 pilihanraya ke 11 yang paling teruk di Malaysia.

Jika diperhalusi keputusan pilihanraya ke 11 ini, dapatlah kita rumuskan bahawa imam sembahyang terawih UMNO ini memang sengaja ingin memperlekehkan Islam dan PAS. Diberinya kemenangan mudah kepada DAP ketika mereka tidak bersama dengan Barisan Alternatif. DAP telah memenangi 12 kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN.

Mereka ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa DAP dapat diterima oleh masyarakat cina diketika meraka tidak bersama PAS yang ingin menegakkan negara Islam yang sebenar. Di media kerajaan haprak juga kita telah dapat melihat dan mendengar komen ‘penganalisis politik’ bahawa orang Melayu Islam Terengganu sendiri menolak kerajaan PAS yang ingin melaksanakan hudud, jadi bagaimana pula non muslim dapat menerima hudud. Islam telah dipersendakan oleh BN.

Keputusan pilihanraya ini memang telah dirancang oleh BN (yang dilaknat Allah), tetapi sebijak-bijak perancangan mereka, mereka masih gagal menawan Kelantan. Kegagalan PAS Terengganu mempertahankan kemenangan 1999 begitu menggemparkan. Peratusan kehadiran pengundi juga amat memeranjatkan dan mungkin juga dapat dimasukkan dalam Malaysia Book of Record.

Abdullah merancang, Najib merancang, SPR merancang, JPN juga merancang, tetapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat. Mereka pasti akan tersungkur di neraka jahanam. Islam akan pasti menang. Pada pejuang-pejuang Islam, teruskan perjuangan kerana kekecewaan dan kesedihan hanya akan melemahkan semangat kita. Wakil-wakil hantu itu pasti akan kecundang dengan usaha dan istiqamah kita dengan perjuangan Islam.

Panaurama.com





___________________________
Terbitan : 25 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)