Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Guna Jin Untuk Pilihanraya?

Kuala Lumpur, Selasa, - Bahang pilihanraya semakin terasa, calun- calun begitu terasa kepanasannya sehingga terpaksa mencari bantuan dari berbagai pihak termasuk paranormal. Inilah masanya para dukun, bomoh serta paranormal mendapat durian runtuh.

Memanglah menjadi satu perkara yang dianggap mustahil serta tidak masuk akal perkara begini boleh berlaku pada abad ini tetapi mengikut seorang penjual minyak wangi di Jalan Masjid India, jualan minyak-minyak wangi tertentu begitu laris malah tidak mencukupi. Ditanya untuk apa, jawabnya mudah, untuk memberi makan kepada jin dan makhluk halus yang bekerja untuk membantu calun pilihanraya ! Sama sepeti semasa sukan komanwel dulu !

Bagi Harakah Islam, AWAS, pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak lawan bukan setakat membawa pengundi hantu, atau melarikan peti undi, atau membuang peti undi kedalam hutan atau lombong, atau membawa undi pos dengan tiba-tiba malah memadam lampu pusat pengiraan undi untuk memasukkan dan memutar kembali (recycle) kertas undi mereka yang telah dihitung kebarisan kertas undi yang belum dihitung malah hingga menggunakan jin dan iblis untuk memenangi pilihanraya kali ini.

Untuk mengelakkan dari pengkhianatan dalam bentuk fisikal dan juga spiritual, maka disarankan agar semua ahli, pengundi, penyokong, aktivis, calon dan para-pejuang Islam supaya melakukan amalan ini sekurang kurangnya 3 malam berturut-turut sebelum hari mengundi tiba mengikut kaedah berikut :

i. Istiqfar – 3 kali atau lebih.

ii. Baca Fatihah – 1 kali.

iii. Baca Selawat RasulAlLah SAW - 1 kali.

iv. Pasang niat berikut: Ya AlLah Ya Tuhanku hamba Mu yang banyak dosa ini memohon agar Engkau berikan perlindungi kepada calun kami dalam menghadapi pilihanraya ini dengan memagar pengundi, peti undi, perjalanan peti undi, pusat pengiraan undi, proses mengira undi serta pegawai pengiraan undi kami dari dikhianati oleh pihak lawan secara fisikal dan juga spiritual. Amin

Setelah selesai teruskanlah dengan doa berikut:- 1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.

2. Terus baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.

4. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.

6. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.

8. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.

10. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.

12. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH hambaMu yang berdosa ini Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan – di hadapan, di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.

13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.

14. Baca doa ini: Ya AlLah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.

15. Akhiri dengan membaca Selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Setiap penyokong Harakah Islam diminta sentiasa membaca Selawat kepada RasulAlLah SAW sebanyak yang mampu setiap hari.

Sebarkanlah pesanan ini kepada seluruh aktivis harakah Islam seluruh negara agar segera diamalkan, sebaiknya secara berjemaah selepas solat maqrib. InsyaAlLah kejayaan ditangan kita.





___________________________
Terbitan : 17 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)