SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PandanganAssalamualaikum wm wb Jangan mudah kecewa. InsyAllah kita cuba lagi. Apa yang jelas kepada saya pendidikan kepada rakyat sangat penting kerana ia dapat menjamin kefahaman rakyat apabila mengundi. Pada tahu 1999, kemungkinan besar rakyat terutama melayu dengan isu DS Anwar hinggakan Umno hilang banyak kerusi hinggakan PAS dapat menawan Terengganu. Apa yang penting saya lihat kita perlu menggunakan kesempatan yang ada apabila kita telah dapat menubuhkan kerajaan negeri dengan mendidik rakyat dengan Islam dan ciri-ciri murni kepada bukan Islam. Dengan mempunyai rakyat yang berilmu maka apabila mereka pergi mengundi mereka sedar dan mengetahui keperluan mengundi dan siapa yang perlu dipangkah. InsyAllah marilah kita bermula disaat ini mendidik masyarakat. Kerja mendidik masyarakat perlu diteruskan samada kita menang atau kalah dalam pilihanraya. Pohon maaf sekiranya e-mail ini menyinggung perasaan saudara moderator. WasalamPejuang Islam ___________________________ Terbitan : 25 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |