Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Surat terbuka untuk Aziz Desa

Saudara Aziz Desa sepatutnya berterima kasih kepada TV 3 kerana sudi mengutip kembali Aziz, setelah cuba lari untuk mencipta nama dalam politik. Aziz sebenarnya seorang mempunyai cita-cita besar dalam politik. Beliau meninggalkan TV 3 dengan menjadi Pegawai Media untuk Menteri Besar pada masa itu, Sanusi Junid. Semasa menjadi host TV 3 dahulu sebelum menjadi Pegawai Media Sanusi Junid, Aziz adalah seorang bermulut celupar. Aziz menyangka yang Sanusi Junid mempunyai masa depan yang cerah dalam politik dan beliau mengambil kesempatan itu untuk naik dalam politik dengan menjadi Pegawai Media Sanusi Junid. Malangnya Sanusi Junid tidak kemana kerana idea gila-gilanya memakan diri sendiri, maka jadilah Aziz seperti polong tak bertuan. Dengan masih ada lagi saki-baki kuasa yang ada pada Sanusi Junid, Aziz ditempatkan di RTM. Di RTM, sebagai orang baru Aziz terpaksa melalui ragging RTM dan beliau ditugaskan dirancangan Uji Minda dengan berpakaian Polis Trafik. Di RTM, Aziz tidak dipedulikan. Aziz dilihat cuba untuk mengikut acuan mentornya Zainudin Mydin.

Oleh kerana tidak tahan diragging di RTM dengan berpakaian Polis Trafik akhirnya Aziz dikutip kembali oleh TV 3. Sejak bahang pilihanraya mula terasa, maka TV 3 mula banyak menjemput tetamu untuk bercakap politik. Semasa bertemuramah tersebut berlangsung Aziz dilihat cuba untuk memaksa tetamu itu untuk mengiyakan cakap-cakapnyanya iaitu untuk cenderung kepada parti politik pilihannya UMNO-BN. Kadang-kadang tetamu yang dijemput itu tidak berpihak pada parti pilihannya, Aziz menjadi rimas. Akhirnya tanpa tetamu Aziz melepas geramnya dengan bercakap ikut sedap mulutnya. Wahai Aziz Desa, hentilah perangai burukmu dan janganlah ada lagi seorang Zainudin Mydin cukuplah dengan seorang itu.

Oleh: Pekerja TV 3





___________________________
Terbitan : 15 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)