SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Benarkah pesara kerajaan tidak mengenang budi.Sabda Rasulullah sollahu`alaihi wasallam. “Hendaklah kamu menolong saudaramu samada seorang yang zalim atau seorang yang dizalimi.” Para sahabat bertanya “ya Rasulullah menolong orang yang dizalimi itu nyata (tuntutannya) bagaimanakah menolong orang zalim? Jawab Rasulullah “menolong orang yang zalim dengan kamu menghalang ia melakukan kezaliman. Teringat aku kepada hadis ini apabila diberitahu bahawa Mahathir marah-marah dengan perkembangan mutakhir. Begitu ramai pesara kerajaan secara terbuka menyertai BA. (Layakkah Malaysia ni disebut negara demokrasi kalau macam tu?) Mereka dilabelkan sebagai tidak mengenang budi. Seandainya ada anugerah orang yang paling tak mengenang budi maka aku cadangkan supaya anugerah tu diberikan kepada Mahathir. Aku rasa ramai yang setuju. Apa tidaknya, dia diberikan kuasa oleh UMNO dan kroninya begitu lama untuk mentadbir negara. Sebaliknya dia tak kenang budi UMNO. Habis disapunya duit negara. Habis diruntuhkan intitusi negara demi mempastikan dia jadi pemimpin yang berkuasa penuh. Malah lebih pulak kuasa dia(macam firaun pulak). Pemimpin kesayangan rakyat DSAI dipecat . Tak cukup sekadar itu,malah di`aibkan dan difitnah semahu-mahunya. Eh! Patut ke aku layan cakap Mahathir ni? Sebelum ni bising tentang rakyat perlu bersyukur kepada kerajaan. Aku ingat isunya samalah. Oleh itu disini aku buat sedutan daripada satu artikel yang telah tersiar kat laman Web sebelum ni. “””Sekarang bukan soal bersyukur atau tidak bersyukur. Kita dituntut bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada orang yang berbudi kepada kita. Ia tidak menidakkan tanggungjawab mencegah kemungkaran. Trek record kerajaan BN begitu buruk sekali. Menindas, pilih kasih, korup-rasuah dan sebagainya. Kan kita orang celik. Tengoklah kes Anwar Ibrahim sebagai contoh. Habis punah ranah Institusi-institusi Penting Negara. Ini semata-mata kerana nak tutup konspirasi Dr.M dan geng-geng dia. Tak payahlah saya nak sebut satu-persatu kes-kes lain. Terima kasih (sama juga berbudi) kepada orang zalim caranya ialah menasihatinya dengan cara yang betul. Orang yang tidak mampu menjalankan keadilan jangan dibebani dengan tugas pemerintahan. Kasihanilah orang-orang UMNO dengan cara menurunkan mereka daripada tampuk pemerintahan. Tewaskan mereka dalam pilihanraya. Makin lama mereka berkuasa makin banyak buat dosa.””” Betul tu aku sokong. Rasulullah dah sebut sejak seribu 4 ratus tahun yang lalu, orang zalim perlu dicegah daripada melakukan kezaliman. Itulah cara menolong orang zalim. Oleh itu wahai rakyat Malaysia! Marilah kita keluar mengundi beramai-ramai. Gunakan kuasa anda untuk mengalahkan BN. Dah lama daaah mereka buat zalim. Selamat mengundi.Peminat Harun Din ___________________________ Terbitan : 19 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |