SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SERUAN KESEDARAN : KEPADA PENGUNDI PARLIMEN PUTRAJAYATahniah dan syabas kerana anda telah mendaftar untuk menjadi pengundi di Parlimen Putrajaya. Putrajaya telah dibangun berasaskan kepada dasar pembinaan bandar dalam Islam. Sebab itulah Masjid Putra telah menjadi binaan yang pertama tersergam di Putrajaya. Majoriti penduduk dan pengundi Putrajaya beragama Islam dan tentu sahaja kita mahukan syiar Islam juga terus berkembang di Putrajaya. Namun apakan daya harapan dan cita-cita itu tidak akan tercapai apabila kita tersalah pilih wakil rakyat yang akan mewakili pengundi Putrajaya di parlimen. Kita perlu memilih pemimpin yang bersih dan tidak terlibat dengan sebarang salah laku, aktiviti maksiat seperti perjudian dan sebagainya. Malah kita tak mahu pemimpin yang anti-Islam dan tidak mahu orang yang dipimpinnya buta tentang Islam. Salah seorang calon Parlimen Putrajaya berperwatakan begitu. Buktinya, atas desakan penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perbadanan Putrajaya telah bersetuju untuk membina sekolah agama di Presint 8, 9 dan 16 pada tahun 2004 malah peruntukannya telah diluluskan. Malangnya atas desakan beliaulah maka projek itu telah dibatalkan berdasarkan ungkapan popular beliau yang sedang meluas di sekitar Putrajaya sekarang ini iaitu: “Sekolah agama tak perlu di Putrajaya kerana ia boleh menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan” Jika sekiranya beliau terpilih, kita sebagai ibu bapa Muslim pasti akan terus “menderita” kerana terpaksa berterusan menghantar anak-anak kita yang dahagakan ilmu agama sebagai bekalan hidup dan akhirat ke Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kg. Sg. Ramal Luar/Dalam dan Bandar Baru Bangi. Semasa kempen ini memang beliau berjanji akan membina sekolah agama tetapi janji pasti tinggal janji. Apabila kuasa sudah dalam tangan beliau boleh berbuat sesuka hati. Masa itu kita yang akan melopong. Oleh itu, “Tepuk Dada Tanya Iman”. Sanggupkah kita di akhirat nanti apabila anggota badan berkata bahawa tangan inilah yang telah memberi kuasa (undi) kepada pemimpin yang tidak cintakan Islam dan tidak mahu ajaran Islam berkembang di kalangan umatnya. Sekian, wassalam. “SEBARKAN SELUAS-LUASNYA KEPADA PENGUNDI PUTRAJAYA”___________________________ Terbitan : 19 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |