Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Masih ada usaha seterusnya iaitu berdoa kepada ALLAH

Assalamualaikum para reformis sekalian.

Aku bukanlah seorang yang alim dan warak dibumi ALLAH ini.Ibadat ku hanya sederhana sahaja dan amalan ku tidaklah sampai ketahap yang sememang nya dituntut olih ALLAH dan RASUL.Namun sebaik saja keputusan pilihanraya kesebelas ( 11 ) ini diumumkan hatiku bagai disiat-siat dan sayu melihat bagaimana biadapnya para munafik yang terdiri dari kaum bangsaku sendiri, yang seugama dengan ku, bahkan lebih alim dan warak dariku menekan dan menindas para pendokong Islam yang suci dibumi Malaysia ini.Mendidihnya perasaan ini hanya ALLAH yang mengetahui.Aku telah menunaikan tanggungjawabku sebagai pengundi ( Terus terang aku cakap aku mengundi PAS ) demi menegakkan Islam yang sebenarnya dibumi Malaysia ini.Namun aku tahu usaha ku itu memang tidak mencukupi kerana musuh Islam memang mempunyai berbagai cara untuk menidakkan kemenangan nya. Alhamdulillah ketika perasaan ku sedang berkecamuk memikirkan bantuan apakah yang bolih aku hulurkan aku terbaca akan satu doa yang berbunyi.

" Ittakuddak watalmazlu miwalaukanakafira. Fainnaha laisadu nahahijab "

Maksudnya:

" Maka berhati-hati lah wahai manusia.Jangan berlaku zalim kerana doa orang yang dizalimi tiada sesuatu yang menghalangi dari ALLAH ( yaani amat makbul ) walaupun dia seorang yang kafir ".

Olih kerana aku tidak mempunyai kekuatan dari segi tenaga mahupun keewangan untuk membantu sepenuhnya saudara mara Islam ku di Terengganu dan Kelantan sana khasnya dan diseluruh Malaysia amnya didalam perjuangan suci mereka maka doa dibawah ini sajalah yang kubekalkan untuk mereka agar mereka tahu mereka tidak bersendirian didalam perjuangan ini.Sesungguhnya mereka semua adalah orang-orang yang telah dizalimi dan insyaallah doa mereka akan segera dimakbulkan olih ALLAH.

Ya ALLAH ya tuhanku,

Sekiranya ada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen yang memenangi jawatan didalam pilihanraya yang ke sebelas ( 11 ) ini dengan jalan yang tidak halal yaani menipu dalam bentuk apa cara jua pun maka turunkan dan berikan lah pembalasan dan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka yang memalukan dan kejam ini.Kerana sesungguhnya kuasa, jawatan, gaji, elaun dan kemudahan yang mereka terima bukan lah hak mutlak mereka melainkan ada insan lain yang lebih berhak memilikinya. Kembongkan lah perut mereka dan lumpuhkan tubuh badan mereka kerana merampas hak dan rezeki orang lain dan berikan lah seaib-aib penghinaan agar mereka insaf akan kekuasaanmu ya ALLAH.

Bentuk penipuan yang telah diketahui termasuk:

1. Persempadanan semula.
2. Pengundi hantu.
3. Menggunakan nama pengundi yang telah meninggal dunia.
4. Menghilangkan nama pengundi yang sah.
5. Undi pos.
6. Undi rosak.
7. Merasuah pengundi.
8. Merasuah calon.
9. Menghalang calon berwibawa dari bertanding.
10. Kiraan semula.
11. Bekalan letrik terpadam ketika kiraan undi.
12. Tambahan masa mengundi. ( Berlaku diSelangor )

Ingat lah wahai ADUN dan MP yang terlibat.Sekiranya anda mendapat jawatan anda sekarang dengan salah satu cara yang tertera diatas maka anda termasuk diantara golongan yang menzalimi dan berhak menerima bahagian anda dari doa kami ini.Perbuatan laknat anda ini sudah berlangsung terlalu lama dan kesabaran kami sudah hilang.Lihat lah bagaimana hina nya anda semua menjatuhkan pendokong Islam diTerengganu dan Kelantan hanya semata-mata olih sifat rakus dan tamak kalian.Bagaimana hinanya kalian meletakkan hukum Islam ditempat nya sekarang.Tidakkah kalian terfikir akan kesannya untuk generasi akan datang?.Tidakkah kalian takut dengan pembalasan yang ALLAH akan turunkan?.Belum terlewat lagi bagi kalian semua untuk insaf dan sedar diatas segala perbuatan keji yang telah dilakukan.Kalau doa diatas ini dibaca olih beratus-ratus ribu umat Islam yang teraniaya diMalaysia ini apakah tidak mungkin ianya termakbul?.Fikirlah sebaik-baiknya..

Setakat ini aku rasa doa tersebut layak ditujukan khas untuk Pengerusi SPR yang terus terang, jelas dan nyata bersekongkol dengan para munafik dan musuh Islam tersebut.Baik dari segi percakapan, gaya, perbuatan, tingkah laku, sokongan dan niat beliau semuanya menuju kearah menganiaya pendokong Islam.Dengan selamba, bersahaja dan muka toya beliau menidakkan perbuatan aib dan mungkar beliau tanpa ada rasa kesal langsung walaupun kebanyakannya telah terbongkar dan diketahui umum.Apa jenis manusia dia ni?.

Para reformis sekalian, Marilah bersama-sama ku didalam membaca doa yang telah ku nukilkan diatas ini.Aku tidak pasti samaada doa ku akan dimakbulkan atau tidak kerana sebagaimana yang ku nyatakan amalan ku bukan lah sehebat mana.Namun aku yakin ada diantara reformis sekalian yang doanya mungkin lebih mustajab dan makamnya lebih tinggi dengan ALLAH.Insyaallah sekiranya benar kita telah dizalimi dan dikejami kebenaran itu akan terserlah jua.Kita telah berusaha dengan memangkah kearah kebenaran.Maka sertai lah usaha itu dengan tawakkal yang penuh harapan.

Ritchie





___________________________
Terbitan : 27 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)