Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pengharaman UMNO 1987 dan Pembatalan Keputusan Pilihanraya 2004

Pemilihan UMNO tahun 1987 telah menyaksikan pertarungan yang maha hebat di antara dua kumpulan untuk merebut kekuasaan di dalam parti itu yang berakhir dengan perpecahan yang cukup serius.

Perang besar-besaran di antara Team A yang diketuai oleh gabungan regu Dr. Mahathir, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim berlawan dengan Team B yang diterajui Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Tan Sri Musa Hitam dan Abdullah Badawi, merupakan “percaturan” yang paling hebat dan sengit dalam sejarah pemilihan Umno.

Kemenangan Team A - Datuk Seri Dr Mahathir, Ghafar dan Anwar Ibrahim telah tidak diakui oleh sebilangan kecil anggota UMNO. 11 orang anggota UMNO yang dikenali Geng 11 yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi telah membawa perkara tersebut ke mahkamah. Mereka mendakwa keputusan pemilihan pada 24 April 1987 sebagai tidak sah kerana ada cawangan UMNO yang tidak berdaftar telah mengundi dalam pemilihan tersebut.

Akibat daripada tindakan mereka itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Pengharaman UMNO diisytiharkan oleh Hakim Datuk Harun Hashim.

Dr Mahathir seringkali menggunakan kes pengharaman Umno di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 4 April 1987 sebagai rujukannya bagi menunjukkan mahkamah di Malaysia bebas menentukan hukuman, meskipun membabitkan kerugian kepada pihak kerajaan dan parti pemerintah. Di mana perlu, pasti beliau akan mengulangi kes tersebut.

“Kalau mereka tak bebas, mereka tak mungkin buat macam itu. Tidak ada di dunia ini satu hakim yang pernah mengharamkan satu parti politik yang sedang menjadi pemerintah, tapi ini berlaku,” kata Dr Mahathir.

Pengharaman UMNO adalah kerana 11 orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987 mengemukakan kepada Mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO.

Kini Dr Mahathir dari Team A yang diakui kezalimannya sudah pergi, digantikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Team B yang cuba membawa imej warak, bersih dan adil.

Dalam Pilihanraya ke 11, pada 21 Mac 2004 terdapat beribu-ribu pengundi tidak dapat mengundi akibat kelalaian pihak Suruhanjara PilihanRaya (SPR). Terdapat pula pengundi yang mengundi lebih dari sekali kerana nama mereka ada dalam beberapa tempat mengundi. Pengundi hantu (haram) jauh lebih ramai berbanding ahli haram pemilihan UMNO 1987. Bukan 11 orang tetapi hampir 11 juta orang rakyat Malaysia tidak puas hati dengan perjalanan dan keputusan Pilihanraya ke 11.

Ketidakadilan dan penyelewengan dalam Pilihanraya Umum ke 11 Malaysia adalah jauh lebih besar berbanding kesalahan Pemilihan UMNO 1987.

Kini Malaysia diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengharapkan RM30 billion pelaburan dari luar selepas pilihanraya. Kerana mutu Pilihanraya ke 11 amat keji dan kotor, mungkin RM30 billion itu akan pergi ke negara lain seperti Laos, Vietnam, Cambodia, Myanmar, China dan Thailand. Pelabur luar sangat cerdik.

Jika UMNO diharamkan pada tahun 1987 kerana kesalahan yang lebih kecil, maka semestinya Pilihanraya pada 21 Mac 2004 dibatalkan dan Pilihanraya semula yang adil dan telus di buat dengan segera.

Cemerlang, gemilang dan terbilang mungkin berakhir dengan pelabur pulang, duit hilang dan tinggal tulang ... jika tindakan berwibawa tidak di buat secepat mungkin.





___________________________
Terbitan : 26 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)