SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SPR jelas “budak suruhan” UMNOApabila menonton Buletin Utama di TV tiga suku malam ini, terjawablah segala teka-teki berknaan tarikh Pilihanraya Umum ke-11. Rakyat Malaysia akan keluar membuang undi pada 21 Mac 2004. Penamaan calon pula pada 13 Mac 2004. Biarpun teka-teki sudah terjawab, namun pelbagai persoalan dan rasa lain pula yang timbul. Apalagi hati ini sangat meluat dengan memek muka dan nada suara seorang pengerusi suruhanjaya yang mempunyai lagak mengalahkan menteri. Cara beliau menjawab soalan dan membuat pengumuman ketara mengisyaratkan yang beliau seolah-olah terlalu “berkuasa” ketika ini. Pelbagai persoalan yang timbul itu, salah satunya pastinya menyentuh tentang tempoh berkempen yang semakin pendek dan layak dimasukkan ke dalam Malaysia’s Book of Records. 8 hari (tidak termasuk hari mengundi) memang pun rekod baru memecahkan rekod sebelum ini iaitu pada 1986 dan 1999 tempoh berkempen cuma 9 hari. Dan dari statistik jumlah persen yang keluar mengundi juga sangat merosot pada kedua-dua tahun berkenaan iaitu 69% dan 71%. Ini adalah bukti menunjukkan betapa tempoh berkempen ‘wajib’ dipanjangkan bagi menarik ramai rakyat keluar mengundi. Sayangnya, jawapan SPR berkenaan kenapa tempoh itu disingkatkan sangat tidak berasas. Tan Sri Abd. Rashid dengan sinis menjawab betapa sebelum ini parti-parti politik telah bertahun-tahun berkempen, masakan tidak cukup lagi? Begitu juga dengan tuduhan isu “tawaran syurga”, SPR sengaja menyindir PAS yang sememangnya sinonim dengan Islam dan keadilan sejagat. Tindakan SPR menyentuh isu itu dilihat tidak adil dan dapat dirasakan nada sindirannya mewakili pihak BN. Soal syurga neraka adalah soal amalan manusia yang tidak kena-mengena dengan tugas SPR. Rasanya, tidak akan timbul kekecohan atau rusuhan jika ada parti yang menggunakan syurga neraka dalam kempen mereka. Bukankah perbuatan mengundi juga akan dicatat sama ada oleh Raqib dan Atid di buku malan masing-masing? Tambah menyedihkan kita, SPR sekali lagi jelas menjadi “budak suruhan” UMNO apabila mengharamkan 3 tokoh utama KeAdilan daripada bertanding. Alasannya juga dangkal, tidak demokratik dan menjatuhkan kredibiliti SPR itu sendiri sebagai suruhanjaya bebas yang kononnya “cekap, adil dan telus”. UMNO yang dikenalpasti sangat tidak jujur dalam pilihan raya tentunya bergembira dengan tindakan-tindakan Pengerusi SPR ini. Kebaculan UMNO/BN untuk berhadapan dengan kempen pembangkang dibantu oleh SPR. Kempen mereka dapat masuk ke setiap rumah warga Malaysia setiap hari tanpa sekatan, tetapi kempen pembangkang sudahlah diberi tempoh hanya 8 hari, disekat pula dengan pelbagai akta atau peraturan yang kadang-kadang tidak masuk akal. Amat malang bagi demokrasi di Malaysia apabila terpaksa berdepan dengan halangan-halangan sebegini. Pilihanraya walaupun belum bermula, tetapai sudah nampak berat sebelahnya. Parti pembangkang ibarat satu pasukan bola yang berhadapan dengan 14 orang pemain lawan (termasuk pengadil dan 2 penjaga garisan yang menyebelahi lawan) juga penganjur kejohanan yang memendekkan tempoh permainan daripada 90 minit kepada 80 minit sahaja. Jelas di sini, SPR telah diperbudak-budakkan oleh UMNO dan BN. Justeru, tidak salah kalau ramai menganggap SPR kini parti komponen BN yang ke-15!___________________________ Terbitan : 9 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |