Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Usah Merintih..

Jangan kita ucapkan takziah...kalau takziah itu bermaksud kepada yang telah mati. Kita tidak mati. Semangat kita tidak mati. Perjuangan kita masih panjang. Islam tidak pernah berkubur. Islam tidak pernah mati. Perjuangan tidak akan lemah dan tidak seharusnya lemah..perjuangan seharusnya akan lebih kuat dan membara lagi.

Kita mengharapkan kemenangan di Perlis dan Kedah tetapi yang paling tidak dijangkakan berlaku jua. Kita tewas di Terengganu dan Kelantan. Tak usahlah kita memekik, mencanangkan ketidakadilan BN menguasai media..Fitnah yang melampau ..kempen yang pendek dll..bagaimana sekalipun kita pekikkan..biar tercabut anak tekak...BN akan meneruskan ketidakadilan itu...BN tidak ada cara lain..kalau berlaku adil mereka akan tewas.. secara moralnya kita tetap menang..menang dalam tewas... menang yang tak membawa apa-apa erti...

Kita bukan tidak kurang isu...jika dimana-mana negara lain..secebis daripada isu yang kita ada cukup untuk menumbangkan mana-mana kerajaan atau parti yang memerintah.. kalau kita mengharapkan isu...isu rasuah, kronism, nepotism, ketidakadilan, salahguna kuasa, dll bukan setakat cukup malah lebih daripada cukup... Isu bukanlah sesuatu yang penting di Malaysia.. rakyat tidak cukup peka dengan isu..kalaupun peka...tidak terlalu mengambil berat sehingga sanggup untuk menukar kerajaan...bagi kebanyakan rakyat Negara ini..biar apa sekalipun yang berlaku..asal orang tak ganggu kita..kita tak akan ganggu orang..biarlah orang sebelah rumah sekalipun yang kena belasah dihina dan difitnah..biarlah kena bayar bill api-air, toll, barang-barang keperluan mahal biarlah wakil rakyat menyonglap berjuta harta rakyat sekalipun...namun untuk menukar kerajaan...tidak sekali-kali...apa jaminan yang boleh diberikan...apa jaminan yang PAS atau KeAdilan boleh berikan.. sejauh mana bersungguhnya Barisan Alternatif ingin memerintah Negara..

...dan di sinilah sebenarnya kelemahan kita...bukan isu...bukan ketidakadilan...bukan semangat dan gerak kerja... tetapi kesungguhan untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk memimpin Negara..Alternatif apa yang kita tawarkan sebenarnya.. Kita adalah Barisan Alternatif...tetapi kita tidak dengan bersungguh-sungguh menawarkan alternatif itu.. kita tawarkan pemimpin yang lebih jujur dan amanah.. tidak akan rasuah kerana rasuah hanya akan memperkayakan golongan yang tertentu...baiklah jika kita tidak rasuah..dengan kekayaan yang kita miliki..apa yang akan kita lakukan...kalau setakat berkata pemimpin yang tidak rasuah...saya pun boleh cakap..saya pun tak pernah rasuah..tapi adakah orang ramai akan mengundi saya?? Apa yang akan kita lakukan dengan harta Negara yang banyak yang tidak akan kita korupkan itu... Setiap negeri harus ada satu kertas kerja..blue print terhadap apa yang akan dilakukan jika memerintah...tidak usah retorik.."be specific". Contoh terbaik adalah Belanjawan Negara..Apabila belanjawan Negara dibentangkan kita seharusnya bersedia dengan belanjawan alternatif kita..specifickan apa yang akan kita lakukan dengan khazanah Negara itu. Apa yang kita lakukan setiapkali belanjawan dibentangkan...setiap orang secara rhetoric..akan mengatakan itu..dan ini...tetapi alternatifnya??? Tak ada... Sediakan satu alternative... printkan banyak-banyak..masukkan kesetiap petisurat rumah... kalau harapkan harakah pun tak boleh juga...berapa ramai ornag yang sanggup keluarkan duit beli harakah...setiap cawangan harus sanggup melakukan ini...kalau setiap cawangan dengan ahli yang sanggup keluar RM20 untuk photostat beberapa ratus keping...rasanya cukup untuk satu taman perumahan....tunjukkan kesungguhan kita.. kalau media tak boleh diharapkan...gunakan cara lain..biar nampak primitive...tetapi sekurang-kurangnya sampai ke orang ramai..

Kita katakana MSC, KLCC itu membazir...KLCC sahaja hampir RM2.0 billion dibazirkan...apa alternatif yang akan kita lakukan dengan wang sebanyak itu??

Kita katakan jenayah sosial semakin menjadi-jadi..dan kerajaan BN gagal membendungnya....apa yang akan kita lakukan untuk mengatasinya...apa langkah-langkah alternative kita?... sekali lagi "be specific" jangan rhetoric... kata orang muda-mudi..jangan ayat aje lebih...

Kita juga harus mengikut rentak orang ramai...kalau pembangunan yang diinginkan..nyatakan dengan jelas apa yang akan kita lakukan jika memerintah..kalau BN sepanjang masa memerintah mampu mengeluarkan kereta nasional..Proton..biarpun harga dan quality yang karut tetapi dengan propaganda, cukup untuk memperlihatkan pada orang ramai yang kerajaan telah berjaya dalam bidang automotif... Kita??

Apa rancangan kita?? Apa wawasan kita... apa perancangan jangka pendek dan panjang kita?? kalau BN ada Wawasan 2020 apa wawasan kita?? Wawasan akhirat??? Orang melayu bolehla...tapi bangsa lain?? Ingat ini Negara Malaysia bukan Negara Melayu...

Kita harus ada satu wawasan yang grand...yang menunjukkan kita juga bercita-cita besar... saya tau kita banyak punya rancangan kecil untuk membantu menaikkan taraf ekonomi kampong..atau Bandar..tapi Negara secara keseluruhannya???

Ramai juga yang takut untuk berubah bukan kerana isu besar...tetapi isu kecil-kecillan...contohnya rancangan television..kalau sekarang ini banyak rancangan hiburan...balik kerja penat malam nak tengok tv untuk merehatkan fikiran... biar cerita nyanyi..tembak-tembak atau apa sahaja...tapi sekurang-kurangnya dapat merehatkan fikiran...kalau PAS memerintah apakah kesemua ini akan diharamkan??? Dan kalaupun tv dibenarkan apakah kita akan hanya menyiarkan rencana atau rancangan agama 24 jam? Ini bukan merehatkan fikiran tetapi makin penat. Inipun dapat menakutkan ramai orang untuk merubah kerajaan.. jangan main-main...nampak kecik ...tapi majoriti orang ramai yang macam inilah kat Malaysia...yang balik kerja terus pergi surau balik rumah baca buku atau tengok rancangan documentari kat tv boleh bilang beberapa kerat... sayapun tak buat macam tu..kadang-kadang adalah..

Kita tau beberapa ribu pengundi yang hilang nama bila mengundi..tidak kurang juga yang berpindah alamat pada hari mengundi..kita tahu BN menggunakan tektik paling kotor pilihanraya kali ini..

Tapi itulah...kalau nak diharapkan keadilan...pilihanraya di negara ini sebenarnya tidak relevan... kita harus ubah cara..

Troopze
Selayang





___________________________
Terbitan : 25 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)