SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Sokongan Kepada Ustaz Azhar.BismillahirRahmanirRahim. Saudara muslimin sekalian! Assalamualaikum!Suka saya merujuk kepada artikel Respon untuk ustaz Azhar oleh saudara Zainudin Idris Memang molek saranan saudara supaya meluaskan pembacaan dalam pelbagai bidang, bukan sekadar membaca kitab-kitab fikah mazhab, malah semua bentuk bahan bacaan yang mengandungi ilmu. Juga saranan supaya pembacaan itu hendaklah secara teliti dan beberapa kali dan hendaklah memohon kepada Allah supaya memberi kefahaman yang betul apa yang dibaca. Saudara juga menyarankan Ustaz Azhar supaya tenangkan perasaan, jangan marah kepada sesiapa. Saya tidak berkesempatan untuk membaca Majalah Al-Islam keluaran April 2004/Safar 1425. Telahan saya saranan saudara Zainudin berkaitan komen Ustaz Azhar terhadap Budak Siam (Astora) berkenaan masalah aurat wanita yang pernah disiarkan oleh laman ini. Seandainya saya tersilap maafkan saya. Kesilapan itu disebabkan artikel itu tidak memperincikan perkara yang dibincangkan. Rasa saya buang masa dan duit untuk saya mendapatkan majalah tersebut. Adalah menjadi hak Ustaz Azhar menyampaikan pandangan beliau malah satu kewajiban. Sememangnya ummat ini sangat memerlukan orang seperti beliau. Kalau beliau silap orang lain boleh menegurnya. Masalah kita ialah kelesuan kalangan ahli agama yang membiarkan sahaja penyelewengan yang dibuat oleh mereka yang bercakap tentang Islam. Tak kira siapa mereka. Tidak belajar diluar negara atau tidak mempunyai apa-apa sijil bukanlah halangan untuk kita menyanggah kepalsuan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bukanlah nak tunggu seseorang tu melaut ilmunya atau tahu segala-galanya baru nak buka mulut menegur penyelewengan yang berlaku. Yang penting perlu jujur dan ada taqwa. Sila rujuk pendapat Ibnu Ishak dalam tafsir Ibnu Kathir terhadap ayat 29 surah Al anfal juga ayat 28 surah AlHadid. Saya tidaklah menafikan perlunya asas yang kukuh terhadap pengajian agama untuk mempastikan kita dapat memberikan teguran yang betul. Saya mengenali Ustaz Azhar (Ustaz Azhar Ladang) walau pun tidak secara mendalam. Saya mengenali hatibudinya. Sebelum mengenali beliau saya telah mengenali Astora Jabat tu. Saya dengar dia ada kata dia ada belajar disana sini. Toksah percayalah! Dia hanya dipungut oleh Zainuddin Maidin untuk menulis di Utusan. Dia lama kat Mesir sebagai wakilUtusan disana. Wartawan, biasalah banyak membaca. Tapi awas dia tidak menpunyai asas ilmu agama yang betul untuk dia dapat membezakan antara ilmu dan kesesatan, habis dikutipnya. Masalah nya dengan budak ni, khabarnya dia diminati oleh Hamid Osman. Agaknya tulah sebab dia tahan lama. Hadis Mu`az [Nabi s.a.w berpesan supaya jangan marah] Saudara! Hakikat marah bukan suatu sifat yang boleh diikhtiarkan. Ia diluar kemampuan manusia. Marah adalah pantulan yang berlaku apabila ada sesuatu yang menjadi sebab kemarahan. Oleh itu saya nak sebut 2 pendapat ulama berkaitan larangan nabi kepada sahabat baginda Mu`az daripada marah. 1.Jangan ikutkan kemarahan hati. Janganlah dengan sebab dah marah kita buat itu dan ini yang menyalahi syariat. 2.Larangan marah yang sebenarnya menunjukkan kita dilarang melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kemarahan orang lain. Semua tafsiran ini tidaklah menidakkan tanggungjawab mencegah kemungkaran. Tidakkah disana ada tuntutan yang besar supaya cinta kerana Allah dan benci/marah kerana Allah? Sememangnya sesuatu yang normal seseorang mukmin itu tidak semua orang suka kepadanya. Kekasih Allah akan cinta kasih kepada orang-orang mukmin. Sebaliknya orang-orang mukmin dituntut supaya benci/marahkan segala bentuk kemungkaran dan maksiat. Disana kita lihat tuntutan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan yang besar dalam Islam. Sekian. Terima Kasih. Saudara Islammu ___________________________ Terbitan : 31 Mac 2004
Diterbitkan oleh : |