Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Surat Terbuka untuk Pengundi Pos

Tak sampai 10 hari lagi kita akan menunaikan tanggungjawab kepada negara. Tanggungjawab ini mestilah di laksanakan dengan penuh tanggungjawab berserta dengan kefahaman bahawa sebuah kerajaan akan dibentuk selepas pilihanraya ini. Apakah bentuk kerajaan yang kita mahu bergantung kepada pengetahuan politik kenegaraan sesaorang pengundi itu sendiri. Parti-parti yang bertanding untuk membentuk kerajaan terdiri dari Barisan Nasional yang didalamnya terdapat UMNO,MCA,MIC dan kompenen-kompenen lainnya, makala Barisan Alternative terdiri dari PAS, Keadilan Rakyat. Parti-parti seperti DAP dan beberapa parti lain tidak berada didalam Barisan Alternative, tetapi tetap sebagai parti yang menentang BN.

Dasar perjuangan parti-parti ini mungkin tidak berapa jelas kepada kita kerana kebanyakan dari tkita tidak pernah memikirkan dengan serius perjuangan parti-parti ini. Ini disebabkan anggota tentera diberi hak untuk mengundi tetapi tidak dibenarkan aktif didalam sesebuah parti. Walau bagaimanpun ini tidak bermakna sesaorang anggota tentera itu tidak perlu mengambil tahu perkembangan politik negara.

Sekiranya kita mengambil tahu walaupun hanya sepintas lalu, keadaan semasa politik tanahair ini , kita akan dapati kerajaan Barisan Nasional yang yang bermegah dengan kemenangan 2/3 itu sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan pilihan rakyat dan pilihan kita, kerana calun-calun dari parti BN yang bertanding cuba berebut-rebut untuk mencari kawasan dimana terdapat kem tentera. Mereka mempergunakan undi kita, seolah-olah kita memberi sokongan bulat kepada mereka.

Sebenarnya tidak begitu. Oleh kerana umum mengetahui bahawa sesaorang anggota tentera itu perlu patuh kepada perintah dan arahan tanpa boleh membantah, maka kawasan parlimen dimana terdapatnya kem-kem tentera menjadi rebutan, kerana ketika pengundian dijalankan tiada pemerhati dari wakil-wakil parti yang bertanding untuk memerhatikan perjalanan pengundian. Inilah yang menjadi misteri setiap kali pilihanraya diadakan.`Pelik tapi Benar`.

Soal membentuk kerajaan bukanlah perkara yang boleh dibuat sambil lewa dengan meninggalkan urusan pentadbiran negara kepada mereka bulat-bulat. Jika ini berlaku , maka terjadilah berbagai-bagai kepincangan yang menyebabkan duit LTAT juga menjadi seperti dana-dana yang lain, diambil sesuka hati untuk membiayai projek-projek milik kroni BN. Sebagai balasan apa yang mereka (syarikat kroni BN) berikan kepada kita? Bolehkah mereka menyuntik dana untuk BAKAT, Badan Sukan Angkatan Tentera, Tabung Pelajaran Pendidikan anak-anak Angkatan Tentera dan Wisma-wisma? Jawabnya potongan dari gaji kita sendirilah ianya dibuat, manakala kroni BN yang hidup hasil dari modal orang lain hidup bermewah-mewah dengan mendirikan mahligai yang boleh dimuatkan 2,3 pesawat.

Kita perlu menghentikan ini semua pada hari yang kita diberi kuasa itu. Kepada petugas-petugas yang akan mengendalikan pengundian nanti jalankan dengan penuh tanggungjawab kepada negara.

Kita mesti menafikan 2/3 BN di dalam Parlimen dan didalam Dewan Undangan Negeri, jika tidak...selepas pilihanraya nanti mereka akan terus membuat dasar yang menyusahkan kita kembali.

Sebab itulah slogan Tradisi Membela Rakyat tidak kedengaran lagi, kerana mereka malu untuk mendendangkannya. Kita mesti bersama rakyat, bukan bersama penyanggak seperti pasukan yang satu lagi itu.

Oleh: Warrant Officer





___________________________
Terbitan : 15 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)