Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Budaya ganas cacat demokrasi

DUNGUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, amalan budaya ganas boleh mencacatkan demokrasi berparlimen di negara ini jika tidak dibendung. Sambil merujuk kepada insiden tindakan pembangkang di Terengganu yang mencetuskan pergaduhan di Besut baru-baru ini, beliau menyatakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi turut melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian enam mangsa pukul termasuk dua kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu ketika menghadiri program ‘Selamat Tinggal PAS’ itu. Beliau kesal terhadap kejadian yang tidak diingini itu dan

mensifatkan amalan budaya ganas dan budaya samseng itu seolah hendak Sebahagiaan kecederaan yang dialami oleh dua orang mangsa pukul budaya ganas orang Umno di Besut, Terengganu.

merampas semula kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan PAS. Oleh itu, tegasnya, amalan budaya ganas tersebut perlu dibendung dari awal supaya tidak akan mencacatkan demokrasi berparlimen di negara ini. Berikut adalah petikan jawapan beliau berkaitan dengan insiden itu pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah dan Insentif Kepada Atlit Sukan SEA Ke-22 di Padang Bola Paka, baru-baru ini.

Wartawan: Dato Seri, beberapa hari lalu Tan Sri Khalil Yaakob mengatakan PAS semakin terdesak sehingga memaksa anggota atau ahlinya mendapatkan maklumat tentang Umno Terengganu. Apa pendapat Dato’ Seri?

Menteri Besar: Tidak ada arahan daripada parti atau kerajaan supaya pergi ke majlis-majlis Umno. Apa yang berlaku ialah mereka pergi sendiri. Ini menunjukkan sikap proaktif di kalangan ahli-ahli PAS. Untuk mendapatkan maklumat mereka perlu hadir sendiri. Apa yang berlaku ialah Umno telah menunjukkan satu budaya ganas yang boleh mencacatkan demokrasi berparlimen di negara kita. Di mana, kita sepatutnya mempunyai sikap yang lebih terbuka macam saya sendiri. Saya terbuka,saya tidak tanya saudara-saudara daripada mana. Daripada Al-Haq ke, dari RTM ke dan saya tidak tanya daripada mana-mana pihak.

Di sinilah terbukanya sikap kita dengan membenarkan semua dan kita mahu keterbukaan seperti ini patut dilakukan oleh pihak Umno. Kita berbanggalah kerana adik kita bersikap proaktif dan mereka pergi dan mungkin mereka mahu melihat sejauh mana ramai yang hadir ke majlis itu. Saya rasa mungkin Umno merasa bimbang, takut dilaporkan kehadiran tidak ramai atau seumpamanya. Cuma apa yang perlu ditekankan di sini adalah tindakan ganas oleh ahli-ahli Umno dan penyokong-penyokong mereka terhadap orang yang hadir.

Dato’ Seri, tindakan menceroboh dan menyamar adalah satu daripada aspek tidak betul. Apa komen Dato’ Seri?

Saya difahamkan majlis itu terbuka sebab untuk mengarakkan orang yang dipecat oleh PAS. Bukan’Selamat Tinggal PAS’ tetapi orang yang pecat oleh PAS. Sebenarnya bukan mereka meninggalkan PAS tetapi mereka dipecat oleh PAS pada tahun 1998. Pemecatan itu telah memberi kemenangan besar kepada kita di semua kerusi di Besut. Oleh itu, majlis tersebut tidak timbul soal arahan daripada parti PAS dan sebagainya. Sebabnya sudah tentulah majlis seumpama itu terbuka. Barangkali di atas keterbukaan itulah semua orang boleh hadir dan mereka hadir sama.

Dato’ Seri, adakah PAS masih lagi mempertahankan tindakan Urusetia Penerangan menceroboh dan juga menyamar. Ini satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

Saya kata tidak ada arahan daripada kerajaan, tidak ada arahan daripada parti. Memanglah kita tidak boleh hendak kawal semua ahli-ahli kita. Arahan tidak ada daripada parti atau kerajaan. Mereka pergi atas sifat peribadi untuk melihat dan untuk ingin tahu.

Secara peribadi Dato’ Seri, tindakan menyamar itu bagaimana?

Itu saya tidak tahu dan saya tidak tanya di kalangan awak semua ini menyamar atau pun tidak. Saya tidak tanya adakah daripada mana-mana, saya tidak tanya. Itu menandakan kita terbuka dan kita tidak bimbang dan kita tidak takut. Apa yang sebenarnya Umno takut dan kerana takut inilah timbulnya budaya ganas. Kita difahamkan yang pergi itu hanya enam orang dan yang kejar itu 30 orang hingga 100 orang. Ramai yang terlibat dengan menggunakan senjata tajam, menggunakan pisau dan yang saya harap pihak Polis membuat siasatan terhadap kes tersebut.

Dato’ Seri, kemungkinan ntv7 akan mengambil tindakan Undang-undang terhadap PAS dan juga kerajaan negeri macam itu?

Kita masih menghormati saluran demokrasi dan apa yang kita mahu supaya pihak keselamatan bersikap telus, terbuka dan adil.





___________________________
Terbitan : 16 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)