Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Nordin Kardi Berkempen Kepada Mahasiswa

Walaupun Menteri Pelajaran mengingatkan bahawa mahasiswa dilarang berkempen atau membantu calon dalam pilihanraya umum ke 11 yang bermula 13 mac ini,yang mana pelajar boleh dikenakan tindakan di bawah AUKU. ( Utusan Malaysia 6 Mac,2004 )Beliau sendiri mencabul kata-kata beliau sewaktui merasmikan program bersama BTN di USM kelmarin.Program yang penuh dengan fitnah terhadap pembangkang ini bertujuan"brainwash"pelajar-pelajar USM yang akan pulang ke Kampung mulai hari ini ( bercuti semester ).Menurut sumber,antara intipati ucapan beliau menghina pemimpin Pas Kelantan dengan mengatakan walaupun PAS diperintah oleh ulamak,mereka gagal membendung gejala sumbang mahram yang semakin meningkat di Kelantan.

Lebih 500 mahasiswa yang dikenalpasti berhaluan kanan (Melayu) menghadiri program ini.

Nordin Kardi (Pengarah BTN) pula dalam ucapannnya mengingatkan siswa,mereka boleh menggunakan peluang dalam pilihanraya kali ini dengan berkempen kepada ibubapa,saudara mara dan sahabat handai walaupun ada di antara mereka belum layak mengundi.

Beliau juga dalam ucapannya memperlekeh PAS dengan mengatakan bagaimana PAS hendak memerintah negara jika bertanding dengan kerusi parlimen yang tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan.(pilihanraya 1999).Tindakan PAS hanya retorik semata-mata,katanya.

Wartawan Utara Daily





___________________________
Terbitan : 8 Mac 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)